Sunday, November 16, 2025

KL - BANJARMASIN - KAPUAS


UIN ANTASARI 




KERATAN AKHBAR

13 Januari 2026

Sambutan Hari Lahir Di Udara, Kenangan Istimewa Buat Haji Jamaludin Asaari

Banjarmasin – Satu peristiwa unik dan bermakna telah berlangsung pada 13 Januari 2026 apabila sambutan Hari Lahir Haji Jamaludin Asaari diraikan di dalam pesawat AirAsia semasa penerbangan dari Banjarmasin ke Kuala Lumpur.

Sambutan ringkas tersebut berlangsung dalam suasana tenang dan penuh kesyukuran, menjadikan perjalanan pulang itu lebih bermakna daripada kebiasaan.

Menurut rombongan yang bersama, sambutan ini mencerminkan hubungan erat serta semangat persaudaraan masyarakat Banjar yang sentiasa menitikberatkan nilai kebersamaan walau di mana jua berada. 

Detik istimewa ini pastinya akan terus dikenang sebagai satu pengalaman luar biasa dan catatan manis dalam lipatan sejarah peribadi Haji Jamaludin Asaari.



















Ponpes Simpang Tiga Bunga Tanjung
Kapuas, Kalimantan Tengah 


Zuri Express Hotel Banjarmasin 


Mecca Tower Meru


Al Quran terjemahan Banjar 
































PONPES SIMPANG 3
 BUNGA TANJUNG, KAPUAS



























Ponpes












































































11 Januari 2026
Banjarbaru –

LAPORAN : JAMALUDIN ASAARI

Rombongan Banjar dari Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Syamsudin Noor, Banjarbaru. 

Ketibaan rombongan disambut dengan penuh mesra dan kegembiraan, mencerminkan eratnya silaturahmi antara warga Banjar di Malaysia dan Kalimantan Selatan.

Pada hari pertama lawatan, rombongan mengadakan kunjungan silaturahmi ke rumah Haji Tarmizi, dan dijamu makan tengahari. 

Rombongan turut berkesempatan melawat Muzium Lambung Mangkurat bagi mengenali sejarah, adat resam serta warisan budaya masyarakat Banjar. 

Lawatan diteruskan ke Masjid Martapura sambil membeli belah. Kemudian ke Banjarbaru dalam suasana santai dan ceria.

Rombongan kemudiannya bertolak ke Banjarmasin dan menginap di Zuri Express Hotel, Banjarmasin. Makan malam di Duta Mall Banjarmasin.



































PANTUN

Faizah, Khalit dari Shah Alam,
Azhar dan Ruhaiza dari Pijay,
Di Zuri Express kita bamalam, 
Ka Pasar Terapung, Si Acil Ibay.

Nyaman paliat si iwak patin, 
Jauh bedanya si iwak sadin, 
Tulak wadah aruh pangantin, 
Kada diundang kita nyarawin, 

Dato Kamarul, Datin Saniah, 
Ikon Banjar wan Sasirangan, 
Hilang lah sudah panat lalah, 
Himung  badapat sabarataan.



















 

Kuala Kapuas 
Kalimantan Tengah 

[04/12, 07:23] Jamaludin @ Nasir: BULETIN BANJAR

Laporan Rasmi – 03 November 2025

Lokasi: Bagan Serai

Koordinator : Ustaz Alidin di Kapuas

*Ringkasan Lawatan dan Penyesuaian Jadual di Kapuas*

Pada 11 Januari 2026, rombongan Malaysia dijadualkan berada di Kapuas sekitar jam 2.00 petang dan akan bermalam di kawasan yang sama. 

Keesokan harinya, pada 12 Januari 2026, rombongan akan bergerak ke pondok pesantren (ponpes) Simpang Bunga Tanjung, Kapuas, pada waktu pagi.

Pihak rombongan turut memaklumkan bahawa jadual aktiviti sepanjang berada di Kapuas akan disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Selain itu, hasil perbincangan bersama para pengurus yang hadir pada sesi kali ini menunjukkan bahawa Kapuas merupakan lokasi paling sesuai untuk mengadakan pertemuan rasmi. 

Penetapan lokasi ini dipersetujui kerana ia memudahkan koordinasi dan perancangan bersama.

JAMALUDIN ASAARI
BAGAN SERAI, PERAK
MALAYSIA

[04/12, 07:23] Jamaludin @ Nasir: *12.01.2026 dijangka 
bersama Ketua KBB Kalimantan Tengah*
[04/12, 07:23] Jamaludin @ Nasir: *KULAAN MALAYSIA – JEJAK NUSANTARA*

KAPUAS, KALIMANTAN SELATAN 2026

πŸ“… 10 Januari 2026
• Berangkat: Kuala Lumpur ➜ Banjarmasin

πŸ“… 11 Januari 2026
• Program Silaturahim di Pangantenan

πŸ“… 12 Januari 2026
• Ziarah & Kunjungan ke beberapa lokasi termasuk Ponpes Kapuas

πŸ“… 13 Januari 2026
• Pulang: Banjar ➜ Kuala Lumpur

Kapuas ialah sebuah kawasan di Kalimantan Tengah yang terletak kira-kira 1 hingga 1 jam 30 minit perjalanan dari Banjarmasin, dengan bandar utamanya Kuala Kapuas yang tenang dan banyak kampung Banjar di sekitarnya. Hotel di Kapuas kebanyakannya bertaraf 2 hingga 3 bintang, dan jalan rayanya berturap serta hampir sama seperti di Malaysia walaupun ada bahagian kampung yang lebih sempit. Pengangkutan bot masih digunakan di sungai besar seperti Sungai Kapuas dan Kapuas Murung, namun kereta tetap menjadi pengangkutan utama. Kawasan ini tidak mempunyai mall besar, lebih kepada pasar tradisional dan kedai kecil, dan mandi sungai masih boleh dilakukan di lokasi tertentu sebagai pengalaman budaya.




KAPUAS, 20 November 2026 – Pondok Pesantren Simpang Bunga Tanjung, Kapuas, dijadualkan akan menerima kunjungan kulaan dari Malaysia pada 12 Januari 2026.

Menurut Wakil Pesantren, Ustaz Alidin Shahdan, persiapan bagi menyambut kedatangan rombongan sedang berjalan lancar. Beliau menyatakan bahawa kunjungan ini merupakan kesempatan penting untuk mempererat hubungan persaudaraan antara masyarakat Banjar di Malaysia dan komunitas Banjar di Kalimantan.

“Kami menyambut dengan penuh rasa syukur dan kekeluargaan. Semoga kunjungan ini menjadi penghubung silaturahmi dan membuka ruang kerjasama yang lebih luas,” ujar Ustaz Alidin Shahdan.

Kunjungan tersebut dijangka menguatkan hubungan budaya dan kekeluargaan, selain memperkukuh peranan PONPES Simpang Bunga Tanjung sebagai pusat pendidikan dan pemersatu masyarakat.

JAMALUDIN ASAARI
KOORDINATOR Malaysia






PEMBELIAN TIKET

1.✅Ustaz Khairol(S)
2.✅Ustazah Siti Sarah(I)
3.✅Hj.Jamaludin (S)
4.✅Hjh. Fauziyah (I)
5.✅En.Mohd Nor (B)
6.✅Cikgu Said (S)
7.✅Hjh.Hamidah (I)
8.✅Dato Kamarul (S)
9.✅Datin Saniah (I)
10.✅Haji Aziz (S)
11.✅Hjh Hapsah (I)
12.✅Sulaiman Ali (S)
13.✅Asiah Mokhtar(I)
14.✅Norfarzana (anak)
15.✅Hjh Faizah (I)
16.✅Hj Khalit Adam (S)
17.✅Hj Halil Husairi (B)
18.✅Cikgu Hj Yusuf (B)
19.✅Sdr Azhar Ruslan (S)
20.✅Pn.Ruhaizah (I)
21.✅Hj M. Abd. Aziz (S)
22.✅Hjh Zalina (I)
23.✅Farah Diana (B)
24.✅Ust.Durani (B)








Berikut ringkasan perjalanan:

πŸ›£️ Perjalanan dari Banjarmasin ke Kapuas

Dalam perjalanan ini, ada beberapa bahagian yang sangat ikonik:

πŸŒ‰ 1. Menyeberangi Sungai Barito melalui Jembatan Barito

Sungai Barito adalah sungai raksasa—salah satu yang terbesar di Nusantara.

Jembatan Barito panjangnya sekitar 1,082 meter, menjadi penghubung utama Kalimantan Selatan dengan kawasan Barito Kuala dan Kalimantan Tengah.

Dulu, sebelum ada jembatan, moyang kita perlu menyeberang naik jukung, perahu tambangan, atau kapal kayu.

Bayangkan waktu dulu, perjalanan itu lebih panjang, lebih sunyi, dan penuh cabaran. Sekarang sudah ada jembatan, tapi sejarahnya tetap hidup.

🌾 2. Kawasan Anjir – Lembah Padi & Tanah Subur

Sepanjang kawasan Anjir (Anjir Muara – Anjir Pasar), pemandangannya adalah:

Hamparan sawah padi

Kanal-kanal air

Kampung-kampung Banjar lama

Di sini memang ramai peneroka awal berasal dari Pahuluan (Hulu Sungai). Mereka turun ke kawasan pesisiran untuk membuka sawah di tanah rawa yang subur.

🌱 3. Kawasan-kawasan Bandang (Lahan Basah yang Dibuka Moyang Banjar)

Selain Anjir, banyak tanah "bandang" yang dibuka sebagai kawasan pertanian oleh generasi awal urang Banjar:

*Aluh-Aluh*
KAMPONG ASAL HAJI JAMALUDIN 

Gambut

Kurau

Palingkau

Dadahup

Kapuas

dan banyak lagi di sepanjang DAS Barito – Kapuas.

Tempat-tempat ini dulunya rawa dalam, tapi dibuka perlahan-lahan menjadi sawah dan kebun melalui sistem handil, tatah, dan tambah; kerja keras yang diwarisi sampai hari ini.

🧬 Jejak Moyang: Dari Pahuluan ke Pesisir hingga Keluar ke Laut

Cerita Madam Tumat dan ramai urang Banjar dahulu:

1. Dari Kalua/Alai (HST/HSS) ikut arus sungai turun ke Banjarmasin.

2. Singgah di kampung-kampung familinya di sepanjang batang sungai.

3. Dari Banjarmasin, naik kapal api, kapal kayu, atau perahu layar ke daerah luar — termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan lainnya.

Sebahagian besar diaspora Banjar di Malaysia, termasuk di Bagan Serai, memang datang dari laluan sejarah ini.

No comments:

Post a Comment

BANJARMASIN 4 April 2026

*ITINERARY BANJARMASIN 4-7 APRIL 2026* πŸ—Ί️ Laluan: Bjm – Bjb – Mtp – Kandangan – Barabai – Tanjung – Kalua – Amuntai πŸ—“ *D1 – Sabtu* (4/4/20...