BULETIN BANJAR
Bagan Serai
80 WARGA BANJAR MALAYSIA AKAN BERANGKAT KE BANUA BANJAR
Bagan Serai – Seramai 80 orang warga Banjar Malaysia dijangka akan berkunjung ke Banua Banjar, Kalimantan Selatan pada 30 Oktober 2025. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahmi antara masyarakat Banjar Malaysia dan Indonesia, sekaligus memperkukuh ikatan dua negara serumpun.
Menurut wakil penganjur, program ini akan melibatkan pertemuan budaya, ziarah tokoh Banjar, serta sesi perkongsian sejarah dan warisan yang menghubungkan kedua-dua komuniti. Kehadiran rombongan ini diharap dapat memperluas jaringan kerjasama dalam bidang budaya, pendidikan, serta pembangunan masyarakat Banjar di rantau Nusantara.
Acara ini menjadi bukti bahawa walau di mana pun berada, Banjar tetap bersatu dalam satu ikatan persaudaraan.
✍️ Pelapor : Haji Jamaludin Asaari
Tatamo di Warung B40
No comments:
Post a Comment