BULETIN BANJAR
23 November 2025
Bagan Serai, Perak
Laporan: JAMALUDIN ASAARI
Rombongan kalawarga Banjar asal Amuntai, Hulu Sungai Utara (HSU) telah berkunjung ka negeri Perak, Malaysia bagi menghadiri acara pangantenan sahabat dan kerabat di Kedai Dua, Tanah Kebun dan Bagan Serai.
Kedatangan rombongan ini disambut meriah oleh masyarakat Banjar di sini, yang memang terkenal ramah serta masih kuat mempertahankan adat budaya leluhur.
Pertemuan ini bukan sahaja mempererat tali silaturrahmi lintas negara, tetapi juga menjadi peluang bagi kedua-dua kalawarga untuk saling berkongsi cerita, adat, dan tradisi Banjar yang terus hidup baik di tanah air mahupun di perantauan.
Acara berlangsung dalam suasana penuh keakraban dan rasa kekeluargaan, menandakan eratnya hubungan masyarakat Banjar Malaysia–Kalimantan sejak dahulu hingga kini.
BANJAR RAKAT MAMBAWA BARAKAT





















No comments:
Post a Comment