Saturday, November 22, 2025

DARI AMUNTAI KA BAGAN SERAI 20-25 NOV. 2025


BULETIN BANJAR

23 November 2025
Bagan Serai, Perak

Laporan: JAMALUDIN ASAARI

Rombongan kalawarga Banjar asal Amuntai, Hulu Sungai Utara (HSU) telah berkunjung ka negeri Perak, Malaysia bagi menghadiri acara pangantenan sahabat dan kerabat di Kedai Dua, Tanah Kebun dan Bagan Serai. 

Kedatangan rombongan ini disambut meriah oleh masyarakat Banjar di sini, yang memang terkenal ramah serta masih kuat mempertahankan adat budaya leluhur.

Pertemuan ini bukan sahaja mempererat tali silaturrahmi lintas negara, tetapi juga menjadi peluang bagi kedua-dua kalawarga untuk saling berkongsi cerita, adat, dan tradisi Banjar yang terus hidup baik di tanah air mahupun di perantauan.

Acara berlangsung dalam suasana penuh keakraban dan rasa kekeluargaan, menandakan eratnya hubungan masyarakat Banjar Malaysia–Kalimantan sejak dahulu hingga kini.

BANJAR RAKAT MAMBAWA BARAKAT























 

Sunday, November 16, 2025

KL - BANJARBAU - KAPUAS


Kuala Kapuas 
Kalimantan Tengah 

[04/12, 07:23] Jamaludin @ Nasir: BULETIN BANJAR

Laporan Rasmi – 03 November 2025

Lokasi: Bagan Serai

Koordinator : Ustaz Alidin di Kapuas

*Ringkasan Lawatan dan Penyesuaian Jadual di Kapuas*

Pada 11 Januari 2026, rombongan Malaysia dijadualkan berada di Kapuas sekitar jam 2.00 petang dan akan bermalam di kawasan yang sama. 

Keesokan harinya, pada 12 Januari 2026, rombongan akan bergerak ke pondok pesantren (ponpes) Simpang Bunga Tanjung, Kapuas, pada waktu pagi.

Pihak rombongan turut memaklumkan bahawa jadual aktiviti sepanjang berada di Kapuas akan disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Selain itu, hasil perbincangan bersama para pengurus yang hadir pada sesi kali ini menunjukkan bahawa Kapuas merupakan lokasi paling sesuai untuk mengadakan pertemuan rasmi. 

Penetapan lokasi ini dipersetujui kerana ia memudahkan koordinasi dan perancangan bersama.

JAMALUDIN ASAARI
BAGAN SERAI, PERAK
MALAYSIA

[04/12, 07:23] Jamaludin @ Nasir: *12.01.2026 dijangka 
bersama Ketua KBB Kalimantan Tengah*
[04/12, 07:23] Jamaludin @ Nasir: *KULAAN MALAYSIA – JEJAK NUSANTARA*

KAPUAS, KALIMANTAN SELATAN 2026

📅 10 Januari 2026
• Berangkat: Kuala Lumpur ➜ Banjarmasin

📅 11 Januari 2026
• Program Silaturahim di Pangantenan

📅 12 Januari 2026
• Ziarah & Kunjungan ke beberapa lokasi termasuk Ponpes Kapuas

📅 13 Januari 2026
• Pulang: Banjar ➜ Kuala Lumpur

Kapuas ialah sebuah kawasan di Kalimantan Tengah yang terletak kira-kira 1 hingga 1 jam 30 minit perjalanan dari Banjarmasin, dengan bandar utamanya Kuala Kapuas yang tenang dan banyak kampung Banjar di sekitarnya. Hotel di Kapuas kebanyakannya bertaraf 2 hingga 3 bintang, dan jalan rayanya berturap serta hampir sama seperti di Malaysia walaupun ada bahagian kampung yang lebih sempit. Pengangkutan bot masih digunakan di sungai besar seperti Sungai Kapuas dan Kapuas Murung, namun kereta tetap menjadi pengangkutan utama. Kawasan ini tidak mempunyai mall besar, lebih kepada pasar tradisional dan kedai kecil, dan mandi sungai masih boleh dilakukan di lokasi tertentu sebagai pengalaman budaya.




KAPUAS, 20 November 2026 – Pondok Pesantren Simpang Bunga Tanjung, Kapuas, dijadualkan akan menerima kunjungan kulaan dari Malaysia pada 12 Januari 2026.

Menurut Wakil Pesantren, Ustaz Alidin Shahdan, persiapan bagi menyambut kedatangan rombongan sedang berjalan lancar. Beliau menyatakan bahawa kunjungan ini merupakan kesempatan penting untuk mempererat hubungan persaudaraan antara masyarakat Banjar di Malaysia dan komunitas Banjar di Kalimantan.

“Kami menyambut dengan penuh rasa syukur dan kekeluargaan. Semoga kunjungan ini menjadi penghubung silaturahmi dan membuka ruang kerjasama yang lebih luas,” ujar Ustaz Alidin Shahdan.

Kunjungan tersebut dijangka menguatkan hubungan budaya dan kekeluargaan, selain memperkukuh peranan PONPES Simpang Bunga Tanjung sebagai pusat pendidikan dan pemersatu masyarakat.

JAMALUDIN ASAARI
KOORDINATOR Malaysia













Berikut ringkasan perjalanan:

🛣️ Perjalanan dari Banjarmasin ke Kapuas

Dalam perjalanan ini, ada beberapa bahagian yang sangat ikonik:

🌉 1. Menyeberangi Sungai Barito melalui Jembatan Barito

Sungai Barito adalah sungai raksasa—salah satu yang terbesar di Nusantara.

Jembatan Barito panjangnya sekitar 1,082 meter, menjadi penghubung utama Kalimantan Selatan dengan kawasan Barito Kuala dan Kalimantan Tengah.

Dulu, sebelum ada jembatan, moyang kita perlu menyeberang naik jukung, perahu tambangan, atau kapal kayu.

Bayangkan waktu dulu, perjalanan itu lebih panjang, lebih sunyi, dan penuh cabaran. Sekarang sudah ada jembatan, tapi sejarahnya tetap hidup.

🌾 2. Kawasan Anjir – Lembah Padi & Tanah Subur

Sepanjang kawasan Anjir (Anjir Muara – Anjir Pasar), pemandangannya adalah:

Hamparan sawah padi

Kanal-kanal air

Kampung-kampung Banjar lama

Di sini memang ramai peneroka awal berasal dari Pahuluan (Hulu Sungai). Mereka turun ke kawasan pesisiran untuk membuka sawah di tanah rawa yang subur.

🌱 3. Kawasan-kawasan Bandang (Lahan Basah yang Dibuka Moyang Banjar)

Selain Anjir, banyak tanah "bandang" yang dibuka sebagai kawasan pertanian oleh generasi awal urang Banjar:

*Aluh-Aluh*
KAMPONG ASAL HAJI JAMALUDIN 

Gambut

Kurau

Palingkau

Dadahup

Kapuas

dan banyak lagi di sepanjang DAS Barito – Kapuas.

Tempat-tempat ini dulunya rawa dalam, tapi dibuka perlahan-lahan menjadi sawah dan kebun melalui sistem handil, tatah, dan tambah; kerja keras yang diwarisi sampai hari ini.

🧬 Jejak Moyang: Dari Pahuluan ke Pesisir hingga Keluar ke Laut

Cerita Madam Tumat dan ramai urang Banjar dahulu:

1. Dari Kalua/Alai (HST/HSS) ikut arus sungai turun ke Banjarmasin.

2. Singgah di kampung-kampung familinya di sepanjang batang sungai.

3. Dari Banjarmasin, naik kapal api, kapal kayu, atau perahu layar ke daerah luar — termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan lainnya.

Sebahagian besar diaspora Banjar di Malaysia, termasuk di Bagan Serai, memang datang dari laluan sejarah ini.

Zi'an 3-9 February 2026