Sunday, June 14, 2026

BUBUHAN BANJAR PERLIS 14.06.2026


BULETIN BANJAR
Kangar, Perlis
Isnin, 15 Jun 2026

PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA BUBUHAN BANJAR PERLIS

KANGAR – Mesyuarat pertama bagi penubuhan Jawatankuasa Penaja Bubuhan Banjar Perlis telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampong Pengkalan Asam pada hari ini.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh waris dan generasi keempat daripada salasilah Lebai Senapi Al-Banjari dari Sungai Berembang.

Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan memperkukuhkan aktiviti sosial, ekonomi dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat Banjar di Perlis.

Selain itu, jawatankuasa ini akan berperanan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Banjarmasin, Indonesia. 

Antara perancangan yang dibincangkan termasuk penganjuran lawatan, ziarah serta program susur galur keturunan Banjar Nusantara bagi memelihara warisan dan sejarah keturunan Banjar untuk generasi akan datang.

Kaluadagang Al-Banjari




























 

No comments:

Post a Comment

BUBUHAN BANJAR PERLIS 14.06.2026

BULETIN BANJAR Kangar, Perlis Isnin, 15 Jun 2026 PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA BUBUHAN BANJAR PERLIS KANGAR – Mesyuarat pertama bagi penubuh...