Sunday, April 12, 2026

FESTIVAL BUDAYA BANJAR MALAYSIA 2026 11 April 2026
















Dewan Dato Zainal Abidin
Bagan Serai 


BULETIN BANJAR
11 APRIL 2026
BAGAN SERAI

TRIGOLDEN Heritage telah berjaya menganjurkan Festival Budaya Banjar 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Dato Zainal Abidin Zain, Bagan Serai, Perak. 

Program ini menghimpunkan masyarakat Banjar dari pelbagai tempat bagi mengangkat dan memelihara warisan budaya yang semakin mendapat perhatian generasi muda. 

Pelbagai pengisian menarik telah dipersembahkan termasuk pameran adat busana tradisional Banjar yang unik dan penuh nilai estetika, selain hidangan pelbagai makanan serta kuih-muih tradisi Banjar yang menggamit selera. 

Festival ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan budaya Banjar kepada masyarakat umum, malah turut mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti.

JAMALUDIN ASAARI
Melaporkan




Festival Banjar di Bagan Sarai,
Ada masakan ada jua wadai,
Alai, Kalua, Amuntai Barabai,
Supan bapander bahasa rakai,

Nginum jamu kada mudarat,
Supaya sigar awak gin kuat,
Kucing hirang katuju bakarat,
Banjar rakat mambawa barakat.

Dari Pontian ka Batu Pahat,
Dari Kuala ka Padang Rengas,
Nanag Banjar memang harat,
Galuh nya jua paruna, bungas.








 

No comments:

Post a Comment

MAKAN MALAM - SULTAN KHAIRUL Saleh 19.5.2026

KUALA LUMPUR 19. 05.2026 Majlis makan malam bersama Pangeran Haji Khairul Saleh di Kuala Lumpur pada 19 Mei 2026 tentunya menjadi satu perte...