Dewan Dato Zainal Abidin
Bagan Serai
BULETIN BANJAR
11 APRIL 2026
BAGAN SERAI
TRIGOLDEN Heritage telah berjaya menganjurkan Festival Budaya Banjar 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Dato Zainal Abidin Zain, Bagan Serai, Perak.
Program ini menghimpunkan masyarakat Banjar dari pelbagai tempat bagi mengangkat dan memelihara warisan budaya yang semakin mendapat perhatian generasi muda.
Pelbagai pengisian menarik telah dipersembahkan termasuk pameran adat busana tradisional Banjar yang unik dan penuh nilai estetika, selain hidangan pelbagai makanan serta kuih-muih tradisi Banjar yang menggamit selera.
Festival ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan budaya Banjar kepada masyarakat umum, malah turut mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti.
JAMALUDIN ASAARI
Melaporkan








