MASIGIT LAWAS
Masigit Lawas, yang terletak di Masjid Tinggi 34300 Bagan Serai, Perak adalah landmark Masyarakat Banjar Kerian.
Masigit Lawas ini dibina pada 1901 bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai saksi sejarah kedatangan Banjar ka Malaysia.
Masjid Lawas juga menjadi destinasi ziarah dan kunjungan tamu dalam dan luar negara.
ANTARA TETAMU,
- Masyarakat Malaysia sendiri
- Dari Indonesia / Kalimantan
- TV Banjar / Duta TV
- Berita Antara Indonesia.
- Pelancong luar seperti Perancis, Australia, America, Thailand dan lain negara.
- Wartawan dan blogger
- Jaipk, Maik dan JAIS
- Berita Harian, SINAR dan lain2
- Stesen TV tempatan TV1, TV3, Al-Hijrah
- House of production /laporan
- Kajian dari pelajar2 University tempatan.
- lain2
Di anggarkan setiap bulan antara 40-70 orang pelawat datang. Ada juga yang datang dengan rombongan bas.
Dianggarkan dalam tahun 2023/2024 sekitar 1500 - 2000 pengunjung.
JAMALUDIN ASAARI
Setiausaha Masjid Al Athar.
Program Lawatan Penilaian Awal ke Tapak Cadangan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Kerian, Perak di bawah Rolling Plan 1 (RP1) RMKe-13.
Lawatan bersama agensi kerajaan seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan Tourism Perak.
Program ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi produk pelancongan di daerah Kerian antaranya Sungai Protan, Bukit Merah, Lubuk Buntar, Kampung Kuala Gula, *Kampung Masjid Tinggi* Dataran Ban Pecah dan Kampung Bagan Seberang
RTM
Penggalian semula kolah wudhu'
01.09.2024
MASJID BANJAR...
Pemandangan Masjid Tinggi atau dikenali sebagai 'Masigit Lawas' di Bagan Serai ketika tinjauan fotoBernama hari ini.
Masjid Tinggi telah dibina seawal tahun 1897/1901 oleh masyarakat Banjar yang mendiami kawasan tersebut.
Keunikan reka bentuk masjid yang mempunyai tiga lapisan bumbung itu secara keseluruhannya berpandu kepada seni bina masyarakat Banjar di Banjarmasin, Indonesia selain dianggap sebagai bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan etnik tersebut.
Kini, masjid yang pernah dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Iskandar Shah pada 1923 itu tidak lagi digunakan dan penyeliaannya telah termaktub dibawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara.
Gambar & kapsyen: Sharul Hafiz Zam | BERNAMA 14.01.2024
27.06.2022
YB Dato' Dr.Hj. Noor Azmi Hj Ghazali
Taklimat Masigit Lawas
Pautan @ link
*LAPORAN MIMBAR MASIGIT LAWAS MASJID TINGGI*
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mengikut beberapa catatan sejarah, Masigit Lawas di Kampong Masjid Tinggi ini didirikan pada tahun 1901.
3. Masjid tersebut digunakan oleh masyarakat setempat sehingga tahun 1967 dan kemudiannya baru, Masjid Al-Athar dibina berdepan dengan masjid tersebut.
4. Selama lebih kurang enam tahun Masigit Lawas "ditinggalkan" kerana adanya masjid yang baru , iaitu dari 1967 hingga 1972.
5. Maklumat lisan dari masyarakat tempatan mengatakan bahawa mimbar Masigit Lawas tersebut telah diwakafkan kepada Masjid Sungai Dendang Selama pada tahun 1972 yang diuruskan Tuan Haji Mat Din bin Haji Mat Yasin ( Imam Masjid Sungai Dendang ketika itu. )
6. Maklumat ini di dapati dari Saudara Husni bin Haji Hamdan. Arwah Haji Hamdan bin Haji Idris pernah bercerita mengenai mimbar tersebut kepada Saudara Husni sendiri semasa hayat almarhum. ( Meninggal 1996 )
7. Empat batang tiang mimbar tersebut kini sudah di bawa semula ke Masigit Lawas pada 5hb.Feb.2020. Bahagian² lain mimbar sudah rosak.
8. Usaha sedang dijalankan untuk membaikpulih mimbar tersebut, untuk di letakkan di tempat asalnya dahulu.
Mudah²an usaha murni ini akan mendapat sokongan dan dokongan yang padu dari semua pihak, terutamanya dari masyarakat asal dan ahli qaryah di sini.
Sekian,
Terima kasih.
MIMBAR BARU
MASJID SUNGAI DENDANG
31.01.2022
MASJID SUNGAI DENDANG
Mengumpulkan kembali sisa² tiang
mimbar MASIGIT LAWAS
di Masjid Sungai Dendang Selama
31.01.2022
Mimbar MASIGIT LAWAS telah diwakafkan
Ke MASJID SUNGAI DENDANG pada 1972
Oleh Tn.Hj.Mat Din bin Hj.Mat Yasin
22.12.21
Rombongan Gong Badak
12/12/2020 SABTU
DAURAH KITAB USTAZ YUSRAN
Sejarah MASIGIT LAWAS
Sebahagian dari tenaga pengajar
Madrasah Al Akhlak.
YB. En.Muhamad Noor Dawoo / ADUN Selinsing
Solat Janazah 26/11/2020
SOLAT JANAZAH 12/11/2020
11.00 PAGI
Persiapan awal Masigit Lawas
Ucapan Tuan Hj.Mohd. Sabli Bakri
Usaha-usaha menanam bunga/pokok renek
Foto dalam tahun 1970an (1972)
Foto bulan Oktober 2020
Pemasangan carpet terpakai dari Masjid Al-Athar
Bumbung kolah telah di pindahkan ke Masjid Al-Athar
Gotong royong pembersihan kawasan
Menyiapkan palang2 untuk kerja gotong royong
Pemandangan dari Jalan Besar ( Bagan Serai - Taiping )
" Papan tanda sementara "
JAWATANKUASA KECIL MASIGIT LAWAS
Jln.Banjar - Ust.Hj Redhaudin bin Hamzah
P.Hj.Ali - Sdr. Wahid b. Mawi
Jalan Besar - Sdr. Halil Rifaei bin M.Lokman
P.Gabis A - Sdr.Saad bin Rajali
P.Gabis B - Sdr.Zulkifli bin Asmuni
P.H.Taib 1 - Sdr.Fuad bin Tapri
P.H.Taib 2 - Sdr.Osman b. Ahmad Basri
Kg.Kedah - Sdr.Rajali bin Mohd Noor
Selepas membersihkan dan mengecat
Masigit Lawas 09/11/2020
CENDERAHATI DATO' PENGARAH SPRM PERAK DARUL RIDZUAN
DATO' M.FAUZI B. MOMAMAD
Restoran Aishah Sofea Jalan Taiping.
Tn Hj Mohd.Sabli bin Bakri
Pegawai Daerah Kerian Perak
Menu : Kalakatar / wadai kiping / aneka murtabak
Jurukamera / wartawan TV3
Para jamaah yang hadir dalam penggambaran Majalah 3
Jamuan lepas tahlil di Masigit Lawas
Kerja2 pemuliharaan Masigit Lawas
Penghijrahan peti besi ke masjid asalnya.
Kerja2 membina pagar perkuburan
Janazah pertama di solatkan selepas Masigit Lawas dibuka kepada umum
27.09.2020
( Arwah Jamaludin bin Abd.Hamid/Parit Gabis Atas )
Menggali semula kolah wudu'
Yasin dan Tahlil 24.09.2020
Masigit Lawas di buka semula kepada umum secara rasminya pada 21.09.2020
KERJA2 PELESTARIAN
https://youtu.be/5ofX4l-fN-I
MASIGIT LAWAS - MASJID TINGGI
https://www.youtube.com/watch?v=CTIKjSdyZrQ
( Sejarah dan nama MASIGIT LAWAS )
HJ.JAMALUDIN BIN ASAARI - YOUTUBE
( Sejarah dan nama MASIGIT LAWAS )
HJ.JAMALUDIN BIN ASAARI - YOUTUBE
MASIGIT LAWAS - MERCU TANDA MASYARAKAT BANJAR KERIAN
Masjid tua kayu “ulin”
yang dibina akhir 1890an ini menjadi mercu tanda pekan kecil Masjid Tinggi.
Inspirasi bagi majoriti masyarakat Banjar kawasan ini. Bahan bangunan masjid
ini didatangkan dari Kalimantan Selatan. Tiang, alang dan papanya adalah dari
kayu Ulin. Manakala atap asalnya adalah “ATAP SIRAP” kayu Ulin juga. ( Ulin - sejenis kayu keras
yang tahan terendam dalam air)
Masigit Lawas ini dibina mangikut ciri2 dan rekabentuk sebuah masjid di Banua Lawas / Tabalong Kalimantan Selatan. Kayunya jenis KAYU ULIN yang dibawa khas dari Kalimantan. Difahamkan bahawa Masigit Lawas ini dibina dalam tahun 1897 masehi.
Bersama pelajar2 Architect UIA Gombak - Herritage Study.
MENINJAU MASIGIT LAWAS DARI SEGI STRUKTUR PEMBINAAN.
MENINJAU MASIGIT LAWAS DARI SEGI STRUKTUR PEMBINAAN.