Friday, December 11, 2020

MASIGIT LAWAS





Al-Athar dan Masigit Lawas 




Dr Khaidir B. Abd. Wahab USM









Masigit Lawas 10.03.25



MASIGIT LAWAS

Masigit Lawas, yang terletak di Masjid Tinggi 34300 Bagan Serai, Perak adalah landmark Masyarakat Banjar Kerian. 

Masigit Lawas ini dibina pada 1901  bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai saksi sejarah kedatangan Banjar ka Malaysia. 

Masjid Lawas juga menjadi destinasi ziarah dan kunjungan tamu dalam dan luar negara. 

ANTARA TETAMU, 
- Masyarakat Malaysia sendiri
- Dari Indonesia / Kalimantan
- TV Banjar / Duta TV
- Berita Antara Indonesia. 
- Pelancong luar seperti Perancis, Australia, America, Thailand dan lain negara. 
- Wartawan dan blogger
- Jaipk, Maik dan JAIS
- Berita Harian, SINAR dan lain2
- Stesen TV tempatan TV1, TV3, Al-Hijrah
- House of production /laporan
- Kajian dari pelajar2 University tempatan. 
- lain2

Di anggarkan setiap bulan antara 40-70 orang pelawat datang. Ada juga yang datang dengan rombongan bas.

Dianggarkan dalam tahun 2023/2024 sekitar 1500 - 2000 pengunjung.

JAMALUDIN ASAARI
Setiausaha Masjid Al Athar.


 Program Lawatan Penilaian Awal ke Tapak Cadangan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Kerian, Perak di bawah Rolling Plan 1 (RP1) RMKe-13. 
Lawatan bersama agensi kerajaan seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan Tourism Perak. 
Program ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi produk pelancongan di daerah Kerian antaranya Sungai Protan, Bukit Merah, Lubuk Buntar, Kampung Kuala Gula, *Kampung Masjid Tinggi*  Dataran Ban Pecah dan Kampung Bagan Seberang


RTM




Penggalian semula kolah wudhu'
01.09.2024



MASJID BANJAR...

Pemandangan Masjid Tinggi atau dikenali sebagai 'Masigit Lawas' di Bagan Serai ketika tinjauan fotoBernama hari ini.

Masjid Tinggi telah dibina seawal tahun 1897/1901 oleh masyarakat Banjar yang mendiami kawasan tersebut.

Keunikan reka bentuk masjid yang mempunyai tiga lapisan bumbung itu secara keseluruhannya berpandu kepada seni bina masyarakat Banjar di Banjarmasin, Indonesia selain dianggap sebagai bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan etnik tersebut.

Kini, masjid yang pernah dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Iskandar Shah pada 1923 itu tidak lagi digunakan dan penyeliaannya telah termaktub dibawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara.

Gambar & kapsyen: Sharul Hafiz Zam | BERNAMA 14.01.2024





27.06.2022
YB Dato' Dr.Hj. Noor Azmi Hj Ghazali




Taklimat Masigit Lawas


Pautan @ link






*LAPORAN MIMBAR MASIGIT LAWAS MASJID TINGGI*

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mengikut beberapa catatan sejarah, Masigit Lawas di Kampong Masjid Tinggi ini didirikan pada tahun 1901.

3. Masjid tersebut digunakan oleh masyarakat setempat sehingga tahun 1967 dan kemudiannya baru, Masjid Al-Athar dibina berdepan dengan masjid tersebut.

4. Selama lebih kurang enam tahun Masigit Lawas "ditinggalkan" kerana adanya masjid yang baru , iaitu dari 1967 hingga 1972.

5. Maklumat lisan dari masyarakat tempatan mengatakan bahawa mimbar Masigit Lawas tersebut telah diwakafkan kepada Masjid Sungai Dendang Selama pada tahun 1972 yang diuruskan Tuan Haji Mat Din bin Haji Mat Yasin ( Imam Masjid Sungai Dendang ketika itu. )

6. Maklumat ini di dapati dari Saudara Husni bin Haji Hamdan.  Arwah Haji Hamdan bin Haji Idris pernah bercerita mengenai mimbar tersebut kepada  Saudara Husni sendiri semasa hayat almarhum. ( Meninggal 1996 )

7. Empat batang tiang mimbar tersebut kini sudah di bawa semula ke Masigit Lawas pada 5hb.Feb.2020. Bahagian² lain mimbar sudah rosak.

8. Usaha sedang dijalankan untuk membaikpulih mimbar tersebut, untuk di letakkan di tempat asalnya dahulu.

Mudah²an usaha murni ini akan mendapat sokongan dan dokongan yang padu dari semua pihak, terutamanya dari masyarakat asal dan ahli qaryah di sini.

Sekian,
Terima kasih.



MIMBAR BARU
MASJID SUNGAI DENDANG
31.01.2022


MASJID SUNGAI DENDANG


Mengumpulkan kembali sisa² tiang
mimbar MASIGIT LAWAS
di Masjid Sungai Dendang Selama
31.01.2022


Mimbar MASIGIT LAWAS telah diwakafkan 
Ke MASJID SUNGAI DENDANG pada 1972
Oleh Tn.Hj.Mat Din bin Hj.Mat Yasin





22.12.21
Rombongan Gong Badak






12/12/2020 SABTU
DAURAH KITAB USTAZ YUSRAN 

Sejarah MASIGIT LAWAS








Sebahagian dari tenaga pengajar
Madrasah Al Akhlak.


YB. En.Muhamad  Noor Dawoo / ADUN Selinsing
Solat Janazah 26/11/2020


SOLAT JANAZAH 12/11/2020
11.00 PAGI


Persiapan awal Masigit Lawas



Ucapan Tuan Hj.Mohd. Sabli Bakri




Usaha-usaha menanam bunga/pokok renek


Foto dalam tahun 1970an (1972)




Foto bulan Oktober 2020





Pemasangan carpet terpakai dari Masjid Al-Athar


Bumbung kolah telah di pindahkan ke Masjid Al-Athar



Gotong royong pembersihan kawasan


Menyiapkan palang2 untuk kerja gotong royong




Pemandangan dari Jalan Besar ( Bagan Serai - Taiping )





" Papan tanda sementara "


                                            JAWATANKUASA KECIL MASIGIT LAWAS

                            Jln.Banjar      - Ust.Hj Redhaudin bin Hamzah

                            P.Hj.Ali         - Sdr. Wahid b. Mawi

                            Jalan Besar    - Sdr. Halil Rifaei bin M.Lokman

                            P.Gabis  A      - Sdr.Saad bin Rajali

                            P.Gabis  B      - Sdr.Zulkifli bin Asmuni

                            P.H.Taib 1      - Sdr.Fuad bin Tapri

                            P.H.Taib 2      - Sdr.Osman b. Ahmad Basri

                            Kg.Kedah      -  Sdr.Rajali bin Mohd Noor



Selepas membersihkan dan mengecat
Masigit Lawas 09/11/2020













CENDERAHATI DATO' PENGARAH SPRM PERAK DARUL RIDZUAN
DATO' M.FAUZI B. MOMAMAD


Restoran Aishah Sofea Jalan Taiping.



Tn Hj Mohd.Sabli bin Bakri
Pegawai Daerah Kerian Perak


Menu : Kalakatar / wadai kiping / aneka murtabak


Jurukamera / wartawan TV3


Para jamaah yang hadir dalam penggambaran Majalah 3


Jamuan lepas tahlil di Masigit Lawas


Kerja2 pemuliharaan Masigit Lawas




Penghijrahan peti besi ke masjid asalnya.


Kerja2 membina pagar perkuburan


Janazah pertama di solatkan selepas Masigit Lawas dibuka kepada umum 
27.09.2020
 ( Arwah Jamaludin bin Abd.Hamid/Parit Gabis Atas )



Menggali semula kolah wudu'


Yasin dan Tahlil 24.09.2020







Masigit Lawas di buka semula kepada umum secara rasminya pada 21.09.2020
























KERJA2 PELESTARIAN

https://youtu.be/5ofX4l-fN-I



MASIGIT LAWAS - MASJID TINGGI

https://www.youtube.com/watch?v=CTIKjSdyZrQ

( Sejarah dan nama MASIGIT LAWAS )
HJ.JAMALUDIN BIN ASAARI - YOUTUBE

































MASIGIT LAWAS  - MERCU TANDA MASYARAKAT BANJAR KERIAN

Masjid tua kayu “ulin” yang dibina akhir 1890an ini menjadi mercu tanda pekan kecil Masjid Tinggi. Inspirasi bagi majoriti masyarakat Banjar kawasan ini. Bahan bangunan masjid ini didatangkan dari Kalimantan Selatan. Tiang, alang dan papanya adalah dari kayu Ulin. Manakala atap asalnya adalah “ATAP SIRAP”  kayu Ulin juga. ( Ulin - sejenis kayu keras yang tahan terendam dalam air)


Masigit Lawas ini dibina mangikut ciri2 dan rekabentuk sebuah masjid di Banua Lawas / Tabalong Kalimantan Selatan. Kayunya jenis KAYU ULIN yang dibawa khas dari Kalimantan. Difahamkan bahawa Masigit Lawas ini dibina dalam tahun 1897 masehi.












Bersama pelajar2 Architect UIA Gombak - Herritage Study.
MENINJAU MASIGIT LAWAS DARI SEGI STRUKTUR PEMBINAAN.

2 comments:

  1. 'Masigit Lawas', nama yang disepakati dalam suatu mesyuarat tokoh tempatan dan pihak Pejabat Daerah Kerian. Cadangan nama tersebut dikemukakan oleh Tn Haji Jamaludin bin Asaari dan diterima oleh ahli mesyuarat. Nama MASIGIT LAWAS ini di ambil dari nama BANUA LAWAS yang ada di Kalimantan Selatan. Reka bentuk kedua-dua masjid ini adalah seakan-akan sama.

    ReplyDelete
  2. Lawas dalam bahasa Banjar bermaksud LAMA. Apabila terbinanya Masjid Al Athar, masyarakat Banjar khususnya ahli qaryah selalu menyebut MASIGIT LAWAS (MASJID LAMA).

    ReplyDelete

KONVO KPTI KE-17

I JUN 2025 - UPSI Pelajar Terbaik Keseluruhan 2025 Pengurus2 Cawangan KPTI  Pelajar, Pengurus Terbaik 2025 DEWAN TUANKU CANSELOR  Bersama ke...