Friday, July 1, 2022

SK KAMPONG KEDAH @ DATO' MAS'UD

 

Jenis sekolahSekolah kebangsaanSekolah kerajaan
Nombor sekolah6057218013
Kod sekolahABA3005
Faks6057210600


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'ud mempunyai 142 pelajar lelaki dan 123 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 265 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' MAS'UD, KAMPUNG KEDAH, BAGAN SERAI,PERAK

Sekolah ini telah didirikan pada 01.04.1951 dengan daya usaha penduduk - penduduk kampung sendiri dengan anggaran perbelanjaan RM 1500.00 dari kemahuan penajanya yang terdiri daripada beberapa orang yang bersemangat berkehendakkan anak-anak mereka memperolehi pelajaran, diantaranya ialah :
  1. Allahyarham Hj. Ibrahim b. Saad , Jalan Kelompang ( ketua kampung )
  2. Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Yusof b. Muhammad, Jalan Kelompang
  3. Allahyarhan Idi b. Uting, Teluk Seribu Satu
  4. Allahyarham Hashim b. Indar , Teluk Seribu Dua
  5. Allahyarham Awang b. Nazir, Sungai Putat
  6. Allahyarham Awang b. Kasim , Kampung Kedah
  7. Allahyarham Che' Tan b. Kasim, Kampung Kedah
Pada 23.09.1951 sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Inspector Of School Perak North iaitu Tuan Moisniac dan diantara yang hadir ialah :
  1. En. Guru Pelawat Bagan Serai (Allahyarham Cikgu Lazim )
  2. En. Jamaluddin b. Harun ( Guru Besar )
  3. En Shahabuddin b. Naim ( Guru Penolong )
  4. En Khardi b. Hj. Saad ( Guru Penolong )
Beratus - ratus orang lain yang hadir adalah ibu bapa murid serta murid - urid yang akan memasuki sekolah ini. ) Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan Sekolah Melayu Kampung Kedah, Bagan Serai.)

Keadaan bangunan sekolah pada masa itu panjangnya 40 kaki dan lebarnya 30 kaki sahaja, bertiangkan kayu bakau, berdinding bertam dan beratap nipah. Pada 24.09.1951 seramai 60 orang murid diterima masuk belajar yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.

Gambar bangunan sekolah yang mula-mula didirikan pada 01.04.1951

Pada 28.01.1952 murid sekolah ini telah bertambah menjadi 137 orang, sekolah telah menjadi sesak dan terpaksa dijalankan kelas pagi dan petang. Pada 12.02.1952 satu mesyuarat telah diadakan oleh guru Besar ( En. Jamaluddin b. Harun ) membincangkan cara-cara membuat permohonan bantuan daripada R.I.D.A ( Rural Industrial Developement Association) . Akhirnya permohonan ini telah diperkenankan dengan kerjasama daripada Allahyarham En. Mohamad Noor b. Nawi, Assistant Isnpector of School Parit Buntar dan En. Guru Pelawat Bagan Serai Allahyarham Cikgu Lazim.

Pada tahun 1953, bantuan tambahan telah diberikan oleh RIDA sebanyak RM 2500.00 dengan syarat pembinaan diuruskan oleh penduduk tempatan.Jawatankuasa telah bersetuju membina sekolah dengan mengupah tukang yang mahir dengan nilai RM 1500.00. Pungutan derma yang berjaya dikutip dari penduduk kampung hanya sebanyak RM 650.00 didermakan oleh seorang hartawan iaitu Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Mohamad sebagai wakaf bagi dirinya. Sekolah ini telah siap dibina dengan No. KP 1273.

Pada Januari 1956, sekolah ini tidak dapat menampung pertambahan murid yang semakin ramai, maka En. Mohd Nor b. Nawi ( AIS ) telah mengarahkan Guru Besar mengesyorkan mana-mana tapak sekolah yang baru di sekitar Kampung Kedah. Hasilnya tapak sekolah ini telah dibeli oleh Pejabat Pelajaran Negeri Perak pada tahun 1957 dengan harga RM 900.00 seekar dengan keluasan 5 ekar 10 pole. Sebelas tahun kemudian , pada tahun 1968 barulah kerajaan mendirikan sebuah sekolah tambahan yang hanya mengandungi 3 bilik darjah iaitu PW 881.

Pada tahun 1977, sekolah ini mengadakan sambutan perayaan sempena 25 tahun, dengan sambutan ini rasmilah pertukaran nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'ud  sehingga kini. Bagaimanapun pada tahun 1979 kelas masih tidak mencukupi maka sekolah terpaksa menumpang di Madrasah Jalan Kelompang dan Madrasah Kampung Kedah sebagai bilik darjah tambahan.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik guru dan dua buah tandas telah dibina oleh kerajaan.Pada tahu 1983 bangunan KP 1273 terpaksa dirobohkan atas sebab keselamatan. Berikutan dengan itu timbul masalah kekurangan kelas. bagi mengatasi masalah tersebut maka kelas terpaksa dikecilkan dan tempat letak basikal digunakan sebagai kelas terbuka.

Pada Julai 1983, kerajaan telah membina sebuah bangunan kilat yang mengandungi 4 bilik darjah dan telah digunakan pada awal tahun 1984. Berikutan dengan itu sesi persekolahan telah ditukar kepada satu sesi sahaja, memandangkan kebanyakkan murid tinggal di kawasan yang agak pedalaman dan terpaksa menyeberangi sungai.

Pada tahun 1987 , pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 50,000.00 bagi membina bangunan 4 bilik darjah di bawah projek Gotong Royong. Bangunan ini siap dan digunakan pada bulan Ogos 1988. Beberapa bilik di bangunan JKR 881 diubahsuai menjadi bilik Kemahira Hidup ( KH ), bilik muzik dan bilik agama. Bangunan JKR 1170 menjadi Pusat Sumber Sekolah.

Pada tahun 1999, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, meluluskan pembinaan tandas mengandungi 6 unit tandas bagi kegunaan murid-murid bernilai RM 12,740.00. Pada tahun 2000, sebuah lagi bangunan sekolah dibina yang mengandungi 2 bilik darjah dengan peruntukan sebanyak RM 41,500.00 pada awal September 2000 dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2001.

Pada tahun 2002, Kelas Prasekolah SKDM mula dibina dan beroperasi pada tahun 2003. Murid prasekolah seramai 25 orang terdiri daripada anak-anak petani, nelayan , buruh ladang dan peniaga kecil di kawasan terdekat.Kampung yang terlibat adalah Kampung Kedah, Sungai Putat, Teluk Seribu Satu, Kampung Jalan Banjar, Kampung Parit Gabis dan Kelompang.




Monday, June 13, 2022

TAHFIZ @ MADRASAH AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH










SHEIKH ZUBEIR AL-FILFULANI - MADRASAH AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH - 1946-1948

Sejak usia sekitar tujuh tahun lagi Zubeir bin Ahmad memasuki salah sebuah Madrasah Islamiyah di negerinya. Pendidikan ilmu-ilmu asas seperti fiqh, akidah, tilawah al-Quran dan lain-lain dipelajarinya sejak usia tersebut. Pada tarikh 10 Muharam 1339 H/23 September 1920 M, Zubeir melanjutkan pelajarannya di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiyah di Pulau Pinang.

Beliau belajar daripada Syeikh Abdur Rahman Firdaus al-Makki, Syeikh Muhammad Radhi al-Makki, Saiyid Ahmad Dahlan al-Makki, Syeikh Abdullah al-Ghadamsi al-Maghribi, Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Falaki dan Syeikh Husein Rafi'. Zubeir tamat belajar di madrasah tersebut pada bulan Syaaban 1342 H/Mac 1924 M. Kemudian beliau bersama kawan-kawannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Mereka ialah Ali Manshuri, Ahmad Manshuri, Ishaq Zain dan Abdul Majid Husein.


Sampai di Mekah mereka tinggal bersama Syeikh al-Qadhi Ahmad Qari. Mereka tiba di Mekah pada malam awal bulan Ramadan 1342 H/5 April 1924 M.

Pada bulan Syawal 1342 H/Mei 1924 M, Zubeir dan rakan-rakannya memasuki Al-Madrasah Hasyimiyah Syarif Husein bin Ali. Mereka mendapat pendidikan khusus daripada lima ulama iaitu Syeikh Umar Ba Juneid, Syeikh Jamal al-Maliki, Syeikh Habibullah asy-Syanqithi, Syeikh Muhammad Zaidan asy- Syanqithi dan Syeikh Umar Hamdan al-Mahrasi.

Pada tahun 1344 H/1925 M mereka sempat belajar di Madrasah Ash-Shaulatiyah sehingga mereka keluar dari madrasah itu pada tahun 1349 H/ 1930 M. Sewaktu di Madrasah Ash-Shaulatiyah itulah barangkali Zubeir mula bersahabat dengan Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini yang memasuki Madrasah Ash-Shaulatiyah tahun 1341 H/1923 M.

Para gurunya di Madrasah Ash-Shaulatiyah ialah Syeikh Salim Rahmatullah, Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari, Syeikh Abdul Lathif al-Qari, Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Syeikh Mukhtar Makhdum, Syeikh Abdullah al-Bukhari.

Selain mendapat pendidikan di madrasah, Zubeir juga mendapat pendidikan di Masjid al-Haram dan dengan ulama-ulama tertentu di rumah. Di antara guru beliau yang dapat dikesan ialah Syeikh Sa'id Yamani, anaknya Syeikh Hasan Yamani, Saiyid Abdullah Shalih az-Zawawi, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Saiyid Shalih Syatha, Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tubbani dan ramai lagi.

Daripada senarai nama para guru sejak dari Pulau Pinang hingga pendidikan di Mekah tidaklah diragui bahawa Syeikh Haji Zubeir adalah seorang putera Pulau Pinang yang cukup banyak mengumpulkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang.

Madrasah Dar al-Ulum

Setelah tamat belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah Syeikh, Zubeir menjalankan aktiviti mengajar di rumah dan di Masjid al-Haram, Mekah. Beliau mengajar ilmu-ilmu alat dan fiqh dalam Mazhab Syafie. Dalam Tasynif al-Asma juga disebut bahawa pada tahun 1352 H/1933 M, Syeikh Haji Zubeir berkongsi mengasaskan Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah di Syu'ib 'Ali, Mekah.

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini selaku pengasas Dar al-Ulum ad-Diniyah itu bertindak sebagai Mudir yang pertama manakala Syeikh Haji Zubeir adalah Naib Mudir.



Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini meninggal dunia pada 1354 H/1935 M. Tempatnya sebagai Mudir Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah diganti oleh Syeikh Haji Zubeir hingga tahun 1359 H/1940 M. Pada tahun yang sama, beliau pulang ke Malaysia setelah lama mengajar di Mekah dan mempunyai ramai murid.

AKTIVITI DI MALAYSIA


Setelah berada di Malaysia Syeikh Haji Zubeir seperti biasa bergiat dalam bidang pendidikan. Di antara madrasah-madrasah tempat beliau mengajar ialah Madrasah al-Huda, Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai. Terakhir sekali menjadi Mudir Madrasah al-Idrisiyah. Madrasah al-Idrisiyah mempunyai sejarah yang panjang dan tersendiri.

Mengenai Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, berdasarkan buku Madrasah Al-Ulum Al-Syar'iyah Perak 1937 - 1977 oleh Sabri Haji Said, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, madrasah yang terletak di Batu 20, Bagan Datoh, Perak itu sejak mulai berdirinya mendapat sumbangan daripada Syeikh Haji Zubeir.

Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah sangat erat hubungannya dengan Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah kerana didirikan oleh Haji Abdur Rahman bin Haji Arsyad pada tahun 1943. Haji Abdur Rahman ini ialah keluarga Dato' Haji Hasan Adli, seorang tokoh terkenal.

Rasanya riwayat ini tidak sempurna jika tidak menceritakan madrasah tersebut yang dianggap sebati dengan beberapa orang mudirnya, antaranya ialah Syeikh Haji Zubeir yang diriwayatkan ini. Madrasah al-Idrisiyah diasaskan pada tahun 1340 H/1922 M dekat Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah, Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi (1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad 1948 - 1975)

Madrasah Al-Akhlak 1943
MADIWA  1996
MAAHAD TAHFIZ 2010


BEKAS PELAJAR 
MADRASAH AL-AKHLAK
1943 - 1995

Shamsiah Fakeh
Dato Abu Bakar Hamzah
Dato Mas'ud Untoi
Dato Mohamed Abbas
Hj.Sulaiman Awang
Hjh.Zakiah Untoi
Hj.Abu Bakar Abd Rashid
Ustaz Arshad Hj.Ahmad
Ustaz Hj.Hasan Abrar
Ustaz Abu Bakar Samsuri
Ustaz Shamsuni Untoi
Ustazah Hjh. Ainah
Ustaz Yusuf Ijoh
Ustaz Mansor Hj.Makmor
Ustaz Kamarudin Ahmad
Ustazah Abin Hj.Othman
Hj.Masdar
Ustaz Hj. Abd.Samad Hj.Sulaiman
Ustaz Hassan Mokhtar
Ustaz Samsuni Hj.Zaini
Ustaz Saidin Abd Ghani
Ustaz Saidin Hj.Jaafar

TENAGA PENGAJAR 
MADRASAH AL-AKHLAK

USTAZ HJ.ABD.RAHMAN ARSHAD
USTAZ ABD.MALIK ARSHAD
USTAZ MOHD.AMIN ABD.RAHMAN
USTAZ HJ.MOHD.YUSOFF NOOR
USTAZ ANUAR TAHA
USTAZ HJ.HAMZAH HJ.OMRI
USTAZ HJ.IDRIS HJ.ABD.KADIR
USTAZ HJ.ABD.AZIZ YAACOB
USTAZ MAHDZAR HJ.BAKRI
USTAZAH SALBIAH HJ.NASRI
USTAZAH BADARIAH HJ.BUSHRA
USTAZAH SOFIAH HJ.KARIM

PENGGERAK MADRASAH AL-AKHLAK

HJ.SULAIMAN HJ.ZAIN
USTAZ HJ.ABD.WAHAB NOOR
HJ.IDRIS HJ.ABD. RAHMAN (MT)
HJ.NASRI HJ.TAHIR
HJ.MAKMOR HJ.YAKOB
HJ.HAMSAN HJ.BAJURI
HJ.ABDULLAH HJ.MANSOR
USTAZ LOKMAN SANUSI
HJ.DURANI HJ.TAHIR
HJ.MAT DIN HJ.MAT YASIN
HJ.MOHAMED HJ.OSMAN
HJ.HASAN HJ.ABD.RAHMAN
HJ.OSMAN HJ.BUSHRA
HJ.AHMAD HJ.BUSHRA
HJ.RAHMAT HUSIN
HJ.OTHMAN HJ.MOHD.NOR
HJ.IDRIS HJ.A.RAHMAN ( JB )
HJ.YUSUF HJ.OMAR
HJ.OSMAN HJ.ABAS
HJ.ABD.SAMAD HJ.ABAS
HJ.AMIN JAAFAR

=========================================

MADIWA 1996 - 2008

USTAZ MANSOR HJ.MAKMOR
USTAS MOHD.HALIM MAT SAMAN

=======================================

MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK
Dis 2009 -

HJ.JAMALUDIN ASAARI
DR.HJ.MOHD.AZHAR BAHARI
HJ.SULAIMAN HJ.ZAIN
USTAZ SHUKRI HJ.KHAIDIR
USTAZ HJ MASLAN HJ.HASAN
HJ JAAFAR SAAD
HJ OMAR AHMAD
DR.NASIR SULAIMAN
ZUWAIRI KAMARUDIN
SAFRUDIN SULAIMAN
HJ.YUSUF HJ OMAR
ARSHAD ALIMIN
HJ.MOHAMAD AMAN
SHAMSUDIN MOKHTAR
FARAH DIANA ARSHAD
HJH.MAZNAH HJ.M.YUSOFF

=========================================

Kerja baikpulih kantin
Cafe Maahad Tahfiz 01.06 2020



Piling bakau dan 
tangki najis di pasang
1 Jun 2020


Pembersihan tapak rumah guru
18 May 2020



Semburan anti Covid-19
Oleh pihak Bomba




Semburan Unit Amal
Anti Covid-19



Sambutan Kemerdekaan ke-62


Quiz Kemerdekaan


Jalur Gemilang


Jamuan Mereka 2019


Kibarkan Jalur Gemilang





Menyiapkan Jalur Gemilang


Majlis Keraian untuk
pendokong Maahad Tahfiz Al Akhlak di BBQ Garage
23.08.2019 Jumaat.



17.08.2019
Majlis Walimatur urus di
Gunung Semanggol

Latihan dan ketangkasan



Penerapan amalan dan doa2


Iftar Jamaei 26 Ramadhan
31.05.2019 / Jumaat


Para tetamu jemputan.


Ucapan dan Tahlil di surau.


Latihan solawat Nabi saw.



Kem Latihan Ramadhan



Khatam Al Quran
1440 Hijrah/Rabu
24 Ramadhan.


Bersama Ustaz Teuku Hamdani
Aceh Darussalam


Majlis khatam 24 Ramadhan
29.05.2019 / Rabu



PERKEMBANGAN MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK AL-ISAMIAH
DARI 2010 HINGGA 2016
BOLEH DAPATI DARI ALAMAT DI BAWAH

http://maahadtahfizal-akhlaq.blogspot.com/2010/


Latihan qasidah


Satu hidang 4 orang pelajar.


Hidangan untuk staff Maahad


Mensyukuri nikmat hujan
28.05.2019


Riadah istimewa bermandi hujan.


Aktiviti terkawal.
Bimbingan Ustaz2


Pengisian rohani pelajar.


Menikmati sahur bersama.


Memahami erti ukhuwwah
Dalam menghadapi hidangan.


Sahur dengan hidangan bersama


Memenuhi jemputan luar.


Surau Parit Mentara 2


Program Ehya Ramadhan
Bengkel/Ceramah luar
27.5.2019


Kuliah Ustaz Teuku Hamdani Aceh


Tahlil 17 Ramadhan 1440 Hijrah


17 Ramadhan 1440 hijrah


Tahlil Arwah


Jamuan lepas Solat Taraweh


Tadarus pelajar
Ramadhan 1440 Hijrah


Iftar Ramadhan diluar
Masjid Changkat Lobak



Selamat dalam perjalanan
17.05.2019

DISAJIKAN OLEH DIANA CAFE'


14.5.2019 / 9 Ramadhan 1440


Menu hari ini


Iftar Maahad Tahfiz 9 Rmadhan


Persediaan ke masjid
Untuk solat Taraweh


Tahlil sebelum berbuka puasa


Bersama jamaah masjid Al Athar


Menu Iftar 11.5.21


Selamat berbuka puasa


Iftar Maahad 10-05-2019


Menu Kampung


Kuih Banjar


Berbaris menuju Masjid


Pintu pagar Masjid Al Athar


Berbaris sebelum ke majlis
Berbuka puasa di Masjid Al Athar


Dewan Serbaguna yang
tertangguh pembinaannya

***********************

Sumbangan Ramadhan 1440 Hijrah
Dari AMANAH IKHTIAR MALAYSIA


Bersama Pegawai Wilayah Utara
dan Bagan Serai serta SAHABAT
dalam majlis ringkas 
Khamis 9-5-2019


Terima kasih atas sumbangan
Untuk Maahad Tahfiz Al Akhlak



Sebahagian dari pelajar Maahad Tahfiz
Menunaikan solat Taraweh di
Masjid Al Athar Masjid Tinggi


Masjd Al Athar
Masjid Tinggi Bagan Serai


Juadah berbuka puasa.


Hidangan berbuka puasa 1440 Hijrah


Tahlil sebelum berbuka puasa.


Tadarus Al Quran
Mengikut kumpulan.




FASA 1 DENGAN ASRAMA PELAJAR



BLOCK FASA 1 MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH


BANGUNAN SURAU MAAHAD TAHFIZ
AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH MASJID TINGGI.



 PEMANDANGAN JALAN BANJAR MASJID TINGGI

Di kiri dan kanan terdapat dua buah masjid iatu MASIGIT LAWAS dan juga MASJID AL-ATHAR


BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK JALAN BANJAR.

Terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lampu isyarat Jalan Taiping / Bagan Serai.


Pemandangan Bangunan Maahad dari Taliair Banjar 2


Tapak cadangan untuk Fasa ke-2

Fasa Ke-2 adalah bangunan empat (4) tingkat bagi menampung lebih kurang 350-500 pelajar untuk masa akan datang. 















  
PERINGKAT2 PEMBINAAN FASA 1 , MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH JALAN BANJAR, MASJID TINGGI 34300 BAGAN SERAI PERAK DARUL RIDZUAN.









MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN 1437 HIJRAH

JAKARTA - BANDUNG - BATAM

STRANDED NO MORE: FLIGHTS RESUME AFTER KRAKATOA ERUPTION ​BATAM, Sept 11 — Friday Hundreds of passengers who were stranded across Jakarta, S...