MASJID MUHAMMADI

Masjid yang begitu penting di Kelantan ini telah dibina pada tahun 1867 dengan hanya menggunakan kayu-kayu yang terbaik namun diubah kepada konkrit pada tahun 1922.
Masjid Muhammadi ini dapat menampung 2400 orang jemaah pada satu-satu masa. Dianggap sebagai masjid yang memainkan peranan yang sangat penting kerana di sinilah tempat di mana ramai ulama-ulama besar Kelantan pernah mengajar seperti Haji Wan Ali Kutan, Tuan Taba dan Tok Kenali.
Kerana kemahsyuran masjid ini sebagai tempat penyebaran ilmu agama di Nusantara, Kelantan mula terkenal sebagai Serambi Mekah.
Berbuka puasa di Restoren IKHWAN K.BHARU
11HB.APRIL 2022 / 10 RAMADHAN

11 April 2022 / 10 Ramadhan 1443
MADINAH RAMADHAN 1443H
MADINAH RAMADHAN 1443H KOTA BHARU
Melawat kilang Serunding
- Serunding ialah makanan kering/ringan yang diperbuat daripda 100% daging segar tempatan dan juga import.Serunding masakan yang dibuat dengan rempah ratus & dimasak sehingga kering kerana dengan cara ini ia tahan lama dan sedap dimakan.segar tempatan dan juga import.Serunding adalah makanan yang berasal dari KELANTAN dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut. Ia adalah hidangan yang lazim pada HARI RAYA & HARI RAYA HAJI
Bazar Tok Guru adalah sebuah pusat shopping / beli belah secara runcit & borong yang terkenal di pusat bandar kota bharu,kelantan.
Bazar Tok Guru Terletak di jalan sultan ibrahim, laluan utama masuk ke pusat bandar kota bharu,kelantan.
Perniagaan di sini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat. Jenis jualan di Bazar Tok Guru adalah tekstil,kain batik,sarung,pakaian wanita,lelaki,kanak-kanak.aksesori rumah & pejabat,makanan kering.
Dakwah Melalui Seni Bina Masjid
Pembinaan masjid bersni bina Cina adalah bertujuan memecahkan tembok stereotaip yang wujud dalam pemikiran orang bukan Islam bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Maka mereka yang memeluk Islam akan dianggap sudah masuk Melayu. Dengan adanya masjid berseni bina Cina ini sekurangkurangnya dapat menunjukkan kepada mereka bahawa Islam ini adalah universal, milik semua kaum. Negara China telah menerima Islam jauh lebih awal dari Malaysia, kira-kira 1300 tahun yang lalu.
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing, merupakan masjid berseni bina Cina yang pertama didirikan di Malaysia. Ia terletak di bandar Rantau Panjang, Kelantan, tidak jauh dari Kompleks Imigresen Rantau Panjang. Pembinaan masjid ini telah dimulakan pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan masjid ini adalah sebanyak RM8.8 juta dan boleh menempatkan 1000 orang jemaah pada satu-satu masa.