Sebuah keluarga yang bahagia tentu mampu menghangatkan suasana bagi siapa saja yang membacanya. Membuatkan kenangan dan momen kebersamaan keluarga terasa semakin dirindui tentunya. Kenyamanan dan kehangatan yang tidak bisa diganti dengan apapun juga. Ketika saat dan kebersamaan seluruh isi keluarga.
Homestay Ayah Wan
SEPETANG DI KUALA TRENGGANU
KAMPUNG BUDAYA TRENGGANU
Banyak yang sibuk mengejar harta hingga melupakan keluarga. Padahal tanpa kita sadari, keluarga ialah harta yang tak ternilai, indahnya kebersamaan.
Bisa membuat keluarga bahagia adalah salah satu momen paling membahagiakan dalam hidup ini.
Jika kita ikhlas dalam berupaya untuk kebahagiaan kehidupan keluarga, Tuhan akan memudahkan dan menunjukkan jalan.
Kebersamaan dengan keluarga itu lebih berharga dibanding apapun.
Keluarga yang baik dimulai dengan cinta, dibangun dengan kasih sayang, dan dipelihara dengan kesetiaan.
Kuala Trengganu 10.06.2022
Pantai Batu Buruk KT 9.6.22
GUA MUSANG
Masjid Razaleigh
Canai London @ Wan Hassan GM
Kuala Trengganu
ITINERARY FAMILY DAY 2022
Restoran SAIBURI
RUMAH NAZRIN JAMIL
EUGENA BUKIT BANYAN
Ziarah Atok Hasanah 30.5.22
1 Syawal 1443H
Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal iaitu Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim.Sheikh Haji Abdullah dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan menjadi guru agama di Masjid al-Haram.
MASJID ABDULLAH FAHIM,BERTAM
BERTAM SEB.PRAI UTARA 25.04.22
23 RAMADHAN 1443H
25.04.2022 BERTAM
MASJID ANDALUSIA LAGUNA MERBOK
HADRAMAWT LAGUNA MERBOK
24.04.2022
24.04.22
14 Ramadhan 1443/16.04.2022
HOTEL PERDANA TAIPING
Buka puasa 8 Ramadhan 1443 H
RESTOREN PINANG SERIBU
R&R BANJARAN TITIWANGSA
LEBUHRAYA TIMUR - BARAT
10hb April 2022
BAGAN SERAI - KOTA BHARU
9hb.April 222
Simpang 3, Kuala Kurau
29.03.2022 DINNER
Tahniah Afifah 29.03.2022 ( G11 )
Ustaz Faslan Al-hafiz
LEMANG TOK KI BENTONG
Tahfiz An Nooer Janda Baik
Pusat Konservasi Gajah
Kuala Gandah
29.03.2022
LANCHANG PAHANG
29.03.2022
MASJID TEMERLOH JAYA 29.03.22
Patin Tempoyak
Temerloh 28.03.2022
GO' BANG MAJU TEMERLOH
28.03.2022
Colmar Tropicale
Bulit Tinggi 28.03.2022
28.03.2022 BANDAR PUTERA 2
Nasi Kerabu Mama Maryam
21.03.2022
Mydin Sungai Petani 21.03.22
Masjid Andalusia Merbok
20.03.2022
EZYDelights 20.03.2022
LAGUNA MERBOK
19.03.2022
Bukit Banyan @ Pak Wahab Nasi Arab
McD KL Central 16.03.22
ETS PLATINUM 16.03.2022
Lobby Hilton KL 16.03.2022
IPOH STATION
KL SENTRAL - SP 16.03.2022
BREAKFAST 16.03.2022 HILTON KL
RONDA-RONDA KL
Masjid India , Dataran Merdeka KL
The nang @ THEN'ANG Cafe
D'Tebing - Dinner 15.03.22
Konvo ke-36 UIAM GOMBAK
The 36th convocation ceremony for 2020 graduands will be held from 12th to 20th March 2022 while the 37th convocation ceremony for 2021 graduands will be held from 13 to 20 August 2022. Despite having a five-month gap, the opening session for both ceremonies will be on 12 March 2022.
Restoren Padang Kg.Baru KL
15.03.2022
Konvo ke-36 UIAM GOMBAK
15.03.2022 SELASA
ETS SUNGAI PETANI - KL CENTRAL
MRT HILTON - BUKIT BINTANG
AL-HALABI BUKIT BINTANG 14.03.2022
KL Central foodcourt 14.03.2022
HILTON KUALA LUMPUR
14.03.2022
Mee udang Sungai Dua
KAMPONG AGONG PENAGA
08.03.2022
JAMIL ROTI CANAI
SUNGAI LAYAR SP 22.2.22
07.02.2022 ISNIN
HUSIN NASI KANDAR SG.PETANI
SINGKIR @ SINGKIAQ
SIMPANG SEMBILAN 6.2.22
NIRA NIPAH NAPIAH SINGKIR
TANJUNG DAWAI
02.02.2022 SELERA MALAM KAMUNTING
SELERA MALAM
02.02.2022
03.02.2022
PADANG BESAR
Arked Padang Besar
22 dan 23 Jan 2022
✅ Timah Tasuh Resort
✅ Cruise tasik
✅ Warong Tepi sawah VIRAL
✅ Ladang anggur
✅ Haiwan exotic
✅ Gua kelam
✅ Ladang Harum Manis
✅ Pasar Terapung JPS
Agro exotic farm
Berkunjung ke Perlis pastinya tidak lengkap jika tidak mengunjungi Taman Buah-Buahan Eksotik yang dahulunya dikenali sebagai Taman Anggur, antara lokasi tarikan pelancong di negeri ini.
Menariknya, terdapat sembilan jenis varieti anggur di kawasan seluas 0.2 hektar itu sekali gus mengundang keterujaan pengunjung.
Pada tahun 1992, telah dibina Tasik Timah Tasoh ini dengan kos RM67 juta dan ia juga menyumbang bekalan air kepada penduduk Perlis dan sekaligus menjadi penghalang kejadian banjir di negeri Perlis. Pada satu-satu masa, kira-kira 35.3 juta liter air dapat ditampung di tasik ini.
Ia juga menjadi tempat perlindungan bagi burung-burung terutama dari negara-negara yang sejuk adalah antara salah satu tempat menarik di Perlis iaitu di Tasik Timah Tasoh yang mempunyai air tawar yang menjadi tempat tinggal dan persekitaran semulajadi yang menyediakan makanan yang sangat diperlukan oleh burung-burung ini.
Terletak di Taman Negeri Perlis, telah dikenal pasti bahawa tasik ini sesuai sebagai tapak sesuai untuk projek akuakultur dan penternakan ikan.
Tasik Timah Tasoh merupakan takungan buatan manusia di Perlis. Namanya diperoleh dari dua batang sungai iaitu Sungai Tasoh dan Sungai Timah, yang menyediakan kawasan tadahan utama. Pada tahun 1987, pembinaannya telah bermula. Dengan kos RM67 juta, ia berjaya disiapkan pada tahun 1992.
Tasik ini mempunyai keluasan 1300 hektar yang boleh menampung 35.3 juta liter air. Tasik ini mula dicipta dan dibina apabila empangan dibina di Sungai Korok, yang terletak kira-kira 2.5km di bawah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Tasoh dan Sungai Timah.
Tertubuhnya tempat perlindungan burung di Timah Tasoh adalah untuk melindungi habitat burung-burung bermigrasi di sini semasa musim sejuk di hemisfera utara. Tempat yang paling baik untuk berehat dan menenangkan fikiran sudah semestinya di Tasik Lake Resort & Retreat.
Aktiviti luar yang sangat menyeronokkan dan dapat dilakukan tanpa Batasan. Adalah sedikit berbeza pada waktu malam kerana tiada kehadiran muzik yang memekakkan. Mungkin bunyi serangga dan makhluk malam yang akan menghiburkan malam anda.
Tempat menarik di Perlis ini mempunyai wakaf yang dilengkapi tempat barbeku yang terletak berderetan dengan kawasan tepi tasik. Untuk bermain dan beriadah, terdapat kemudahan dewan, kayak dan ruang luas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang turut disediakan. Ia mempunyai udara segar, bukit-bukit dan masih dalam keadaan baik dan tidak tercemar.
Tasik ini adalah tempat yang ideal untuk menghiburkan diri sendiri dan beristirehat. Anda berpeluang menyaksikan di depan mata sendiri keindahan pemandangan yang memukau dari Tasik Timah Tasoh dan puncak unik kembar Bukit Chabang. Sebenarnya, secara tidak sengaja rakaman ini terputus.
Pada masa itu, kami tidak mengetahui akan puncak kembar di kawasan ini. Lokasi Tasoh Lake Resort & Retreat (TLRR) ini terletak di empangan Timah Tasoh di Perlis. Terletak di sebidang tanah seluas 39 ekar, konsep ekopelancongan TLRR ini berserta dengan pemandangan yang menakjubkan dari tasik Timah Tasoh, Bukit Manik, Bukit Cabang dan Nakawan Range.
TLRR ini adalah kira-kira 15km dari Padang Besar dan 12km sahaja dari Kangar. Di TLRR, aktiviti rekreasi yang disediakan untuk membantu membina kekuatan mental dan fizikal para peserta dan juga meningkatkan motivasi dan produktiviti tenaga kerja dalam organisasi.
PEMANDANGAN indah Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
SEREMBAN: Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, pembukaan Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, semalam, menjadi antara tarikan di kawasan itu.
Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 melalui konsep wakaf itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Eksekutif Masjid Sri Sendayan, Ahmad Naim Azlan, berkata tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dan terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati disini.Antaranya adalah Ladang Teh BOH Sg Palas yang terletak di Sungei Palas, Cameron Highlands. Ladangteh BOH Sungei Palas yang dimiliki oleh BOH Plantations Sdn Bhd merupakan sebuah pusat yang dibina bagi membolehkan pelancong menikmati sendiri suasana berada di ladang teh sambil menikmati pemandangan yang cantik disini.
Di BOH Tea Centre Sungei Palas terdapat Tea’ria dimana pelancong boleh menikmati makanan dan minuman dengan berlatar belakangkan ladang teh yang menghijau. Selain itu, di sini juga terdapat pusat pameran yang memaparkan sejarah ladang teh BOH di Cameron Highlands serta kedai souvenir dan teh untuk pengunjung membeli sesuatu untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Ladang teh BOH ini terletak berhampiran dengan Kea Farm dan tidak sukar untuk mencari ladang teh BOH Sg Palas kerana terdapat papan tanda untuk membantu anda sampai ke sana. Sekiranya anda dari Tanah Rata anda perlu memandu sehingga sampai ke Equatorial Hotel Cameron Highlands. Dari Equatorial Hotel anda perlu memandu lagi sejauh 450 m untuk sampai ke simpang Ladang Teh BOH Sungai Palas seperti dalam gambar di bawah. Apabila sampai ke simpang ini anda perlu belok kiri dan anda perlu memandu melalui jalan sempit sejauh 3.5 km untuk sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. Walaubagaimanapon memandu semasa musim cuti sekolah akan menimbulkan sedikit masalah kerana anda perlu mengharungi kesesakan jalan disebabkan kebanjiran pelancong ke Cameron Highlands. Pastikan anda bertolak awal bagi mengelak dari terperangkap dalam traffic jam.
Setibanya di sana, anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan lapang.
Seterusnya anda perlu berjalan kaki dan membuat sedikit pendakian kerana bangunan Sungai Palas BOH Tea Plantation terletak di kawasan tinggi.
Selepas penat berjalan kaki, pasti anda akan rasa dahaga. Di atas terdapat Tea’Ria Refreshment, sebuah kafe di mana anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah ladang teh. Disini perkhidmatannya adalah self-service. Anda perlu beratur untuk order makanan dan minuman pilihan anda. Sekiranya musim cuti sekolah , barisannya akan panjang sedikit dari kebiasaan disebabkan ramai pengunjung yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa keluarga dan anak-anak bercuti di Cameron Highlands.
Di Tea’Ria anda boleh menikmati pemandangan cantik ladang teh BOH yang menghijau dengan bukit bukaunya. Lokasinya sangat sesuai untuk pengunjung mengambil gambar sebagai kenangan.
Harga makanan dan minuman di sini mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan tempat lain. Walaubagaimanapon pemandangan di sini memang ‘priceless’. Antara makanan ringan yang telah kami cuba di Tea’Ria adalah seperti kek, curry puff dan sardine puff.
Di sini juga anda boleh mencuba pelbagai jenis teh yang dijual di Tea’Ria. Pelbagai perisa teh dijual disini dan anda juga boleh memilih sama ada inginkan teh beruncang atau teh berdaun.
Selepas kenyang dan puas mengambil gambar di kafe Tea’Ria, anda boleh menuju ke bahagian pameran untuk melihat sejarah penubuhan BOH Plantations dan peralatan yang digunakan untuk memproses daun teh yang telah dipetik.
Untuk pengetahuan pembaca, ladang teh BOH ini telah dimulakan oleh J.A Russell pada tahun 1929. Beliau telah memperolehi tanah di Cameron Highlands yang terletak pada ketinggian 5000 kaki di atas paras laut ini dan menjadikannya sebagai sebuah ladang teh yang pertama di Malaysia di tanah tinggi.
Setelah mengunjungi pusat pameran, anda boleh singgah sebentar di kedai souvenir bagi membeli cenderamata dan teh untuk dibawa pulang ke rumah. Di sini pelbagai jenis teh dijual seperti BOH Tea, BOH Ice Tea, BOH Seri Songket, BOH Teh Tarik dan pelbagai teh BOH berperisa seperti Strawberry Raspberry, Passionfruit Orange, Jasmine Green Tea, Lemon Myrtle dan Peppermint.
Walaupon terdapat banyak lagi ladang teh di Cameron Highlands, tetapi percutian anda ke Cameron Highlands tidak akan lengkap jika tidak sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. Rekebentuk unik bangunan di Ladang Teh BOH Sungai Palas membuatkan ladang ini mesti dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Cameron Highlands.
Sungai Palas BOH Tea Plantation juga pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran untuk filem Ombak Rindu.
Sekiranya anda mencari tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highlands, maka luangkan sedikit masa untuk melawat ladang teh ini. Anda pasti akan terpesona dengan keindahan pemandangan yang terdapat di sini.
Guess the RM...........
The agrotechnology park is divided into six main areas: the English Garden, Herb Garden, Orchid Garden, Rose Garden, research centre and an information centre, where tourists can also buy souvenirs. Mardi's Agrotechnology Park is home to 40 varieties of roses, 10 strawberries, 100 citrus fruits, at least six types of anthuriums, four varieties of apples, and pears and persimmons.
The Park is home to 40 varieties of roses, 10 strawberries, 100 citrus fruits, at least six types of anthuriums, four varieties of apples and pears as well as persimmons. The RM8 million 42-hectare park has six areas C Rose, orchid, English, Herb and Orchid Gardens and a research and information centre where tourists can also buy souvenirs.
The Park was launched on June 14. The brainchild of Malaysian Research and Development Institute (MARDI), the Park received 100,000 visitors annually. The idea to turn the former research station opened in 1926 by the British to an agrotechnology park came from the Agriculture Minister Datuk Dr Effendi Norwawi three years ago. The British handed over the park to MARDI some 22 years ago.
The Park is actually MARDI's oldest research station in the country and since Cameron Highland is a popular tourist destination, MARDI has followed through on the idea to turn it into an Agrotechnology Park.
MASJID Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah dibuka pada April 2020.
Masjid ini terletak di Bandar Lam, Gua Musang dibina dengan kos RM28 juta sekali gus sebagai mercu tanda baharu di Kelantan.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembinaannya bermula penghujung 2016.
Tengku Razaleigh berkata, masjid itu boleh memuatkan lebih 3,000 jemaah mempunyai rekaan unik, dibina dengan bahan binaan berkualiti tinggi akan turut jadi perhatian pelancong.
“Belum lagi siap pun sudah ada pengunjung luar datang melihatnya,” kata penduduk tempatan.
Menurutnya, siapnya masjid itu membolehkannya digunakan untuk solat Jumaat.
Masjid Razaleigh dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah, dilengkap kemudahan yang lebih baik berbanding masjid sebelumnya disamping ruang yang luas.
Ruangan tengah masjid itu turut dibina supaya sesuai untuk bakal jemaah haji menjalani kursus dengan mengelilingi kaabah buatan.
MAKAN MALAM DI GUA MUSANG 10.08.2020
Warung Buluh Gua Musang
Cikgu Sabila Ghani dan Cikgu Mirani Ismail
SK Temalir Kuala Krai Kelantan
ISTANA KUBANG KERIAN 09.08.2020
Daerah Kubang Kerian adalah merupakan satu daerah yang dahulu asalnya adalah bernama daerah Lundang. Daerah Lundang ini telah ditubuh pada tahun 1801 oleh Al marhum DYMM Sultan Muhammad I untuk dikurniakan kepada dua pupundanya iaitu Al marhum Tuan Lebar Bin Tuan Khomis selaku salah seorang pembesar tertinggi Kelantan yang bergelar Dato' Panglima Perang Lundang untuk memerintah sebagai wizurai yang berpusat di kampung Lundang. Selepas Tuan Lebar, keturunannya pula mewarisi sebagai penguasa daerah Lundang ini zaman berzaman sehinggalah pada tahun 1910 apabila berakhir dengan cicitndanya iaitu Nik Wan Musa atau lebih terkenal dengan panggilan Dato' Lundang.
Batas sempadan daerah Lundang ini bermula dari sungai Wakaf Stan di timur hingga ke sungai Kampung Sireh disebelah barat, sungai Lundang sebelah selatan hingga ke Paya Rambai disebelah utara. Pada dekad 1970-an, daerah Lundang telah dipinda batas sempadan pentadbiran dan telah diubah namanya menjadi daerah Kubang Kerian oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan subbandar yang baharu kepada bandar Kota Bharu selaras dengan terlaksananya plan rancangan bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Baru Kubang Kerian.
Kubang Kerian nama bagi daerah yang baharu dibentuk ini telah diambil namanya bersempena dengan nama sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung Kubang Kerian yang terletak dikawasan persimpangan Jalan Pasir Puteh dan Jalan Sultan Yahya Petra. Kampung Kubang Kerian ini berjiran dengan kampung Kenali disebelah timur dan kampung Pulong disebelah selatan.
Masjid ar Rahman di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan
Terletak kira-kira tujuh kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, masjid yang baru dibuka ini kian menjadi sebutan dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Seolah-olah berada di tengah-tengah pulau, masjid ini sebenarnya dibina di atas tanah paya bakau oleh seorang penderma yang mewakafkan tanah miliknya, dibeli sejak 25 tahun lalu.
Menurut seorang Imam, penderma yang enggan namanya disiarkan turut menanggung kos pembinaan masjid, selain beliau sendiri bertanggungjawab sepenuhnya dalam rekaan masjid itu.
Masjid ini adalah gabungan seni bina Melayu Kelantan, nusantara terutama Indonesia, ada sedikit sentuhan Turki dan Yaman.
Malah ukiran ayat al Quran daripada kayu yang memenuhi bahagian atas masjid menggunakan kepakaran pengukir dari Japara, Indonesia.
Bukan itu saja, banyak juga hiasan dalaman dalam masjid ini yang diperoleh dari negara luar misalnya dua batang pokok tamar diimport dari Timur Tengah menyerikan lagi kawasan mimbar,
Kayu cengal jadi pilihan
10 batang kayu cengal dari kawasan hutan Hulu Kelantan juga menjadi penyeri dalam pembinaan masjid ini. Lima batang kayu sebesar pemeluk yang didirikan di ruang solat dalam masjid mewakili Rukun Islam, lima perkara.
Setiap arca atau hiasan dalaman masjid ini mempunyai maksud yang tersirat. Ini termasuk batu yang diukir dengan ayat suci al Quran, menjadi hiasan di tepi masjid juga adalah diilhamkan dari Batu Bersurat Terengganu.
“Beduk dan ketuk-ketuk @ kertuk di luar masjid juga adalah yang asli dibeli dari negara jiran.
"Walaupun ia tidak digunakan, tetapi warisannya boleh dilihat oleh generasi muda, bagaimana di zaman dahulu tanpa pembesar suara, kita menggunakan kedua alat itu untuk menandakan waktu solat masuk,” kata penduduk disini.
Mesra OKU dan warga emas
Paling menarik ciri-ciri masjid ini adalah ia pembinaannya sangat praktikal. Bukan hanya cantik tetapi pembinanya tidak melupakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas yang mempunyai masalah sakit kaki.
Dengan hanya dua mata tangga dan ada juga laluan kerusi roda, masjid ini turut menyediakan tandas duduk bagi kegunaan mereka.
Hanya ada satu saja tandas cangkung di kedua-dua bilik air lelaki dan wanita, berbeza dengan masjid lain di kawasan luar bandar.
Guna tenaga hijau
Warga tempatan berkata walaupun dari segi luaran masjid ini lebih nampak tradisional dengan diinspirasikan Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Malaysia tetapi pihaknya tetap menerapkan ciri teknologi hijau dalam memastikan ia mesra alam.
“Tanpa menggunakan penghawa dingin, masjid ini agak sejuk di bahagian dalam kerana binaan tingkap dari atas ke bawah di sekeliling bangunan ini secara tidak langsung membuka laluan angin.
“Kami juga mengumpul hujan untuk kegunaan air pancut di sekeliling masjid yang turut menyumbang kepada elemen menyejukkan masjid ini.
"Air hujan ini juga turut digunakan untuk menyiram pokok di musim kemarau,” katanya penduduk/jamaah masjid ini.
Nah, apa lagi, jika ke Kota Bharu, singgah-singgahlah ke Masjid ar Rahman Kampung Pulau Gajah, kerana pastinya anda juga terpegun dengan seni binanya seperti penulis juga.
Masjid Al Rahman Pulau Gajah Sabak Pengkalan Chepa,Kelantan.
Kedudukannya agak terpencil dan terletak di kawasan Pantai Sabak dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira 7.9 kilometer dari bandar Kota Bharu.
Masjid yang dikelilingi sungai. Seolah-olah berada di atas sebuah pulau.
Tiang-tiang balak yang unik. Di bahagian luar dan juga dalam masjid.
Beduk besar di Masjid Al-Rahman Pulau Gajah Sabak Pengkalan Chepa Kelantan.
Tempat ini adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Lokasinya kira-kira empat kilometer dari jalan utama Gemang dan boleh dihubungkan melalui jalan darat yang sempurna.
PETA LOKASI
Lokasi Bukit Kudung ini terletak kira-kira 4 kilometer dari jalan utama Gemang dan boleh dihubungkan melalui jalan darat dengan sempurna.Laluan masuk utama ke Bukit Kudung adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Pengunjung boleh memilih untuk menaiki kenderaan atau berjalan kaki untuk masuk ke kawasan ini.
Syeikh Syamsuddin As-Sumatrani adalah seorang ulama besar Aceh yang hidup pada Abad ke-16 dan ke-17 Masehi. Beliau merupakan murid dari seorang Ulama yang dikenal dengan nama Hamzah al-Fansuri. Meskipun secara pasti tidak diketahui kelahiran beliau namun dari namanya menunjukkan bahwa beliau merupakan Ulama yang berasal dari Pasai (Aceh)[1]. Beliau meninggal dunia dalam pertempuran dengan portugis di Melaka pada pada tahun 1040 H/ 1630 M dan dikebumikan di Kampung Ketek, Melaka.[2]. Dalam kitab Bustanul Salatin karya Syeikh Nurruddin ar-Raniri juga diperoleh keterangan bahwa Syamsuddin wafat pada hari ke-12 bulan Rajab tahun 1039 H/1630 M[3].
Orang Banjar adalah merupakan suku bumiputera bagi sebahagian besar wilayah provinsi di Kalimantan Selatan, Indonesia dan tidak terkecuali di Kabupaten Kota Baru.
Mereka menggunakan bahasa Banjar yang pada asasnya adalah bahasa Melayu namun jelas ternyata ada perbezaan kerana ianya mempunyai identiti bahasa yang tersendiri.
Nama Banjar ini dikatakan diperoleh daripada Kesultanan Banjarmasin yang telah dipendekkan termanya supaya menjadi perkataan Banjar. Ia adalah bertepatan dengan nama ibukota yang pada mulanya berdiri.
Suku Banjar kini yang kebanyakannya tinggal di Sumatera dan Malaysia adalah merupakan anak cucu dari mereka yang telah berhijrah yang mana merupakan etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.
Gelombang migrasi yang pertama telah berlaku dalam tahun 1780 yang mana pada waktu itu telah terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera dari tempat asal mereka.
Etnik Banjar yang menjadi pendatang pada waktu itu adalah para penyokong kepada Pangeran Amir yang telah kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah.
Mereka terpaksa melarikan diri keluar dari kawasan wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik, mereka akan dijatuhkan hukuman mati.