Wednesday, March 31, 2021

AL AQSA 2022

MASJID AL AQSA

Asal nama

Nama "Masjid al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj, satu periwayatan Muslim tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang berlangsung pada tahun 621 M. Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad melakukan perjalanan dengan menaiki Buraq dari Masjidil Haram (di Makkah, selatan Arab Saudi) sehingga ke "masjid yang paling jauh" iaitu Masjid al-Aqsa, dan dari satu batu di sana, Baginda menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.

Pembinaan

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Masjid Al-Aqsa menjadi salah satu masjid suci umat Islam, selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid tersebut berada di Jurusalam Timur, wilayah Kota Tua. Al-Aqsa turut menjadi saksi dalam konflik berpanjangan antara Israel dan Palestin.


Masjid yang memiliki kubah berwarna perak itu berdiri di kompleks Al-Haram Asy-Syarif di area seluas 14 hektar. Di kompleks tersebut, terdapat Dome of The Rock, yang diyakini sebagai tempat pijakan Nabi Muhammad dalam perjalanan Isra Mikraj. Masjid The Dome of The Rock inilah yang sering disangka sebagai Masjid Al-Aqsa.

Bangunan suci tersebut menjadi sumber konflik berkepanjangan antara Israel dan Palestin. Salah satu punca konflik adalah adanya pergerakan dari kaum Yahudi untuk beribadah di kompleks suci tersebut. Yahudi menyebut kompleks Al-Haram Asy-Syarif sebagai 'Temple Mount' atau Bukit Suci.

Berikut ini fakta-fakta tentang Masjid Al-Aqsa yang dirangkum dari berbagai sumber:


1. Jadi Tempat Pijakan Nabi Muhammad untuk Isra Mikraj

Umat muslim meyakini, Nabi Muhammad saw singgah di Masjid Al-Aqsa dalam perjalanan Isra Mikraj menuju langit. Tempat pijakan tersebut berbentuk batu yang kini terdapat di Dome of The Rock.


Dome of The Rock di kompleks Masjid Al-Aqsa.Dome of The Rock di kompleks Masjid Al-Aqsa. (Reuters/Eliana Aponte/File Photo)

Nabi Muhammad pergi Mikraj menggunakan Buraq dan melaksanakan perintah Allah SWT untuk menjalankan solat. Selain itu, diyakini batu tersebut merupakan tempat Nabi Ibrahim mendapat perintah untuk menyembelih Nabi Ismail.

Dalam sejumlah hadis juga disebut Masjid Al-Aqsa menjadi masjid istimewa kerana menjadi kiblat pertama umat Islam.


2. Terdiri dari Beberapa Masjid

Banyak orang mengira di kompleks Al-Haram Al-Syarif hanya terdapat Masjid Al-Aqsa. Banyak pula yang menyebut Dome of The Rock sebagai Masjid Al-Aqsa.


Masjid Al-Aqsa Yerusalem.Masjid Al-Aqsa di Yerusalem. (Erwin Dariyanto/detikcom)

Faktanya, selain Al-Aqsa, di kompleks tersebut terdapat beberapa masjid, iaitu Masjid Qibly, Masjid Buraq, dan Masjid Marwan.


3. Kubah Batu Pertama yang Dibangun dalam Sejarah Islam

Dome of The Rock menjadi kubah pertama yang dibangun dalam sejarah Islam. Bangunan itu dibangun oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik bin Marwan.

Penambahan lapisan emas pada kubah dilakukan pada masa pemerintahan Ottoman.


4. Jadi Tempat Sampah

Ternyata pada masa kependudukan Romawi, kompleks Al-Aqsa pernah menjadi tempat  pembuangan sampah. Ketika itu umat Yahudi tidak diperbolehkan tinggal di kota tersebut. Setelah Umar bin Khatab berhasil membebaskan kota dari Romawi, barulah Umar menyingkirkan sampah-sampah itu dengan tangan sendiri.

Umar juga membolehkan kembali umat Yahudi kembali ke Jurusalam setelah berabad-abad diasingkan.

SENARAI PESERTA ROMBONGAN
01.Hj.Zaini Rasli
02.Hjh.Maimunah Dolah
03.Sheikh Zaini Ahmad
04.Ust Hj Yusran Nordin
05.Ust Hj Farhan Abdullah
06.Hj Maslan Hj Hasan
07.Hjh Mahani Abu Bakar
08.Hj Azman Saad
09.Hjh Norhana
10.Hj Jaafar Saad
11.Hjh Mukminah Hj
12.Hj Shaharudin M.Bashah
13.Hjh Norlia Hj Jamal
14.Hj Isha Dan
15.Hjh Latifah Ahmad
16.Hj M.Saad Hashim
17.Hjh Mahani M.Nordin
18.Hj Nabil Mohd Yusoff
19.Hjh Rehan Kadir
20. Ust Razali Johari
21. Pn Faridah Jaapar
22. En.Mohd Yusoff Idris
23. Hj Zuhadi Ghazali
24. Hjh Fadhilah Yusuff
25. Hj Jamaludin Asaari
26. Hjh Fauziyah Hasan
27. Dr Fauzi Zakaria
28. Cikgu Azmi Abd Hamid

KONVO KPTI KE-17

I JUN 2025 - UPSI Pelajar Terbaik Keseluruhan 2025 Pengurus2 Cawangan KPTI  Pelajar, Pengurus Terbaik 2025 DEWAN TUANKU CANSELOR  Bersama ke...