Saturday, September 14, 2019

KUCHING 14-16 September 2019




Ayam penyet Ria Kuching



Dikenali sebagai 'Muzium Hidup', Perkampungan Budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santubong, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai suku kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.

Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak; rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.










Pepper blender














TOPsPOT
FOOD COURT




DINNER 15.9.2019





Hana Musfirah Harman


Harman Hamidon


Waterfront light show


Foto keluarga


Masjid Terapong Kuching


Ais krim gula apong

Keunikan aiskrim ini sudah pasti pada bahan utama yang digunakan iaitu Gula Apong. Selalu dikatakan seperti Gula Melaka namun bagi yang pernah merasa kedua-duanya akan dapat membezakan rasa. Gula apong turut digunakan dalam air minuman 3 layer tea atau lebih dikenali dengan panggilan teh c peng special yang kini turut mendapat sambutan di semenanjung. Mungkin saya boleh kongsikan tentang ini pula di lain hari.


TAMAN BUAYA JONG
Taman Buaya Jong di Sarawak adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Buaya memang sinonim dengan Sarawak, oleh yang demikian untuk melihat buaya di depan mata anda perlu untuk datang ke sini.
Selain buaya terdapat juga binatang lain yang boleh anda lihat. Antaranya ialah spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Paling dinanti di sini ialah pertunjukan memberi buaya makan. Kita akan dapat melihat aksi buaya menyambar makanan.









BINGKISAN DARI PASAR SERIKIN DI BAU,SARAWAK

Berkali - kali mengunjungi pasar Serikin tetap memberikan perasaan yang sama kepada saya.Keunikan barangan yang terjual di sini memberikan satu pengalaman yang bgerbeza - beza setiap kali mengunjungi pasar ini.

Pasar yang dibuka kepada orang ramai setipa hujung minggu ini tidak kan pernah menjemukan anda.Barangan yang kebanyakannya dibawa oleh peniaga dari Kalimantan Indonesia ini memberikan harga yang murah dari biasa kepada pengunjung untuk membeli belah pelbagai jenis barangan yang terdiri dari berbagai - bagai kategori.















KUCHING: Sarawak dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2019, 16 September ini, dengan Padang Merdeka, di akan menjadi lokasi utama penganjuran acara bersejarah itu.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata kerajaan negeri berbesar hati kerana dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan yang cukup bermakna kepada penubuhan Persekutuan Malaysia.
“Sambutan ini adalah lambang kepada perpaduan rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, kita juga mahu meningkatkan integrasi pada peringkat nasional.
“Satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ditubuhkan, dengan saya sebagai Pengerusi bersama dalam jawatankuasa berkenaan sambil dibantu empat Menteri Muda,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya.
Sementara itu, Eddin berkata tema bagi sambutan Hari Malaysia pada kali ini adalah ‘Malaysia Bersih’.
“Tema itu dipilih bersesuaian dengan hasrat dan aspirasi kerajaan dalam menanamkan sikap bersih dalam kalangan rakyat, khusus dalam menolak amalan rasuah,” katanya.
Beliau berkata, bagi pihak Kerajaan Pusat dan kementeriannya, penghargaan terima kasih dibuat kepada kerajaan negeri kerana kesanggupan menjadi tuan rumah Hari Malaysia, selain kerjasama penuh bagi melincinkan sambutan terbabit.


Kuching Waterfront
14.09.2019


Satay ayam 0.80 sen


Chicken wings 




River front Kuching


Mee Kolok



Nasi ayam penyet 


Laksa Sarawak
Makanan Sedap di Kuching Sarawak 2019


Mee Kolok!

Sarawak adalah negeri terbesar yang ada di Malaysia. Jadi tak hairanlah kalau Sarawak mempunyai variasi makanan yang sedap dan lain dari makanan di Semenanjung Malaysia. Kalau anda berpeluang untuk pergi ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan superb sedap di Sarawak.

10 Makanan Sedap di Sarawak

Makanan di Sarawak memang unik dan lain dari makanan yang berada di Semenanjung. Jadi kalau anda berkesempatan untuk pergi ke Sarawak, jangan tak cuba makanan kat sini.

1. Mee Kolok Pak Amit Cafe


Mee Kolok adalah signature dish bagi negeri Sarawak jadi jika anda melancong ke Sarawak tanpa mencuba Mee Kolok, bermakna anda belum melawat Sarawak! Mee Kolok adalah Mee Sup versi Sarawak dimana kuahnya lebih pekat dan dihidangkan bersama udang dan sayuran. Ini menjadikan Mee Kolok ialah hidangan lengkap yang pasti dicari oleh semua orang dan kalau anda terlambat, Mee Kolok disini memang akan habis.

2. Mom’s Laksa Cafe


Selain Mee Kolok, Laksa Sarawak juga adalah makanan yang anda wajib cuba sekiranya berada di Sarawak. Semasa musim perayaan, menu ini merupakan hidangan utama untuk tetamu. Kelainan pada Laksa Sarawak adalah kuahnya yang mana base kuah dibuat dari udang dan menggunakan bihun. Laksa Sarawak ini juga dihidangkan dengan udang,  isi ayam, tauhu dan taugeh. Makanan lain yang anda boleh cuba disini ialah bihun belacan. Kalau nak tahu rasa bihun belacan ni macam mana, anda kena cuba sendiri disini.

3. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak


Kalau datang ke Sarawak, pastinya Kek Lapis Sarawak untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan dan saudara. Kek lapis Sarawak terkenal dengan warna-warni yang ceria dan menarik perhatian. Terdapat pelbagai warna dan rasa yang anda boleh pilih untuk dibawa pulang. Untuk sampai ke kedai ini, anda perlu menaiki sampan namun ianya tak sia-sia dek rasa kek yang sedap giler ni.

4. My Village Barok


Mengekalkan senibina tradisional asli dimana seluruh tempat ini dibina menggunakan kayu menjadikan restoran ini pilihan orang ramai termasuk penduduk tempatan. Terdapat pelbagai makanan Sarawak yang anda boleh cuba disini. Antaranya ialah Linut atau Ambuyat iaitu tepung sagu yang dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, anda juga boleh cuba Manuk Pansuh iaitu Ayam yang dimasak seakan-akan sup dengan herba dan sayuran didalam buluh! Makan disini ialah kepuasan makan di Sarawak yang sebenar.

5. RJ Ayam Penyet


Ayam Penyet ialah makanan yang berasal dari Kalimantan dan sangat sinonim dengan masyarakat Sarawak. Sesuai dengan namanya Raja Ayam Penyet, kedai ini menyajikan antara ayam penyet terbaik di Sarawak! Ayam Penyet disini juga didatangkan bersama timun, salad dan ulam raja bersesuaian dengan nama kedainya. Kunci untuk kesedapan ayam penyet disini pastilah pada perapan ayam yang digoreng garing dan sambalnya.

6. Rumah Hijau Cafe


Restoran ini mempunyai gaya klasik yang sangat menarik dan pasti akan membuat anda jatuh cinta! Apa yang anda boleh cuba disini ialah roti bom coklat dan juga roti bom cheese yang pasti akan cair didalam mulut anda. Restoran ini juga menyajikan makanan lain seperti ayam penyet dan juga makanan barat yang tak kurang hebatnya.

7. Toko Daging


Toko Daging tidak perlu diperkenalkan lagi kerana tempat ini sangat terkenal dengan western food yang sangat sedap dan juga dikatakan antara yang terbaik di Kuching! Apa yang menarik lagi, kedai ini hanya berkonsepkan warung tetapi makanan disini dimasak oleh Chef terkemuka yang telah bekerja di beberapa hotel terkenal. Terdapat pelbagai jenis pilihan western yang anda boleh pilih dan semestinya sedap giler!

8. Dapur Kampung


Dapur Kampung ialah makanan yang berasaskan makanan Indonesia yang pasti akan membuat anda jatuh cinta dengan keaslian rasa makanan tersebut. Dari Bakso, Kambing Bakar, Sate dan Mi Goreng Ayam Special, semuanya ada di Dapur Kampung. Daging kambing bakar disini juga mendapat pujian kerana kelembutan dan rasa yang sempurna dengan bahan perapan. Suasana di restoran ini juga sangat sesuai untuk seisi keluarga untuk makan malam.
📍 Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak



Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?
  1. Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing.



Sambutan Hari Malaysia 2019


River Front Kuching 





Ice cream gula apong







Penerbangan MAS


LAPANGAN TERBANG KUCHING



ROTI PRATA ROLL


BERSAMA MEDIA PRIMA



India Street


Jarak dari Kuching



Water front Kuching


Keenakan ais krim gula apong



KONVO KPTI KE-17

I JUN 2025 - UPSI Pelajar Terbaik Keseluruhan 2025 Pengurus2 Cawangan KPTI  Pelajar, Pengurus Terbaik 2025 DEWAN TUANKU CANSELOR  Bersama ke...