Thursday, January 3, 2019

SAJAK-SAJAK PILIHAN




*TOLAK KEZALIMAN DENGAN KEBAIKAN DIRI*


Tolaklah kezaliman manusia dengan kebaikan diri.
Mengadulah kepada Allah selalu.
Dan cara bertindak berserahlah kepada Allah.
Memohon ampunlah kepada Tuhan sebanyak-sebanyaknya.
Akuilah bahawa berlakunya penzaliman itu disebabkan dosa-dosa kita.
Jangan memaki-hamun dan menghina si penzalim.
Tapi doakanlah mereka agar mereka mendapat petunjuk.
Sabarlah di atas kezaliman mereka.
Cepat membaiki diri, cepat pulalah Tuhan menyelesaikannya.
Kezaliman manusia, jangan membalas penzaliman dengan penzaliman.
Akan berlaku nanti penzaliman itu bertambah besar dan merata negara.
Ia adalah hukuman dan pembalasan terhadap rakyatnya yang derhaka.
Oleh itu para ulama dan pemimpin masyarakat.
Ajak rakyat bertaubat banyak-banyak.
Baiki diri, bersihkan hati atau jiwa.
Doakan si penzalim agar diberi hidayah oleh Tuhan yang mencipta.
Bukan secara menghasut-hasut rakyat menumbangkannya.
Cara itu boleh menimbulkan huru-hara di dalam negara.
Yang akan mendapat kesusahan semua rakyat jelata.
Ertinya kita telah melakukan penzaliman kepada manusia pula.
Berhati-hatilah bertindak terhadap penzalim.
Nanti kita pun menjadi penzalim juga.


*Takut Tuhan Sumber Kekuatan*

Takutilah Tuhan
Ia sumber kekuatan dalam kehidupan
Rasa Takut pada tuhan
Akan menyelamatkan insan
Dari berbuat dosa
Takut dgn kemurkaan dan balasan tuhan diakhirat
Takut juga menjadi kekuatan utk taat
Pendorong utk berlaku taat pd tuhan
Tanpa takut tiada ketaatan
Ketaatan adalah kunci kpd berbuat kebaikan
Kebaikan akan mudah dilaksanakan
Bukti kpd ketaatan 
Hati akan mudah patuh pd perintah tuhan
Maka kita akan terpandu dan terpimpin utk bertindak
Mengalirlah rahmat dan kasih sayang tuhan
Hubungan hati dgn tuhan makin akrab
Tuhan menjadi idola
Tuhan menjadi kawan
Tuhan menjadi tempat rujuk
Tuhan dibawa kemana mana
Tuhan sandaran utama
Tuhan segala galanya dalam kehidupan
Inilah kekuatan roh insan
Inilah kemulian insan
Oleh itu takutilah tuhan..


 today, a friend in class asked us to write a poem about one of our family members.

(GOOD OLD DAYS)

In the old days, 
6:45 we would depart to school,
listening to gotcha call on the radio,
laughing together at the prank call. 

In the old days, 
I would feel so lazy to pray,
Sometimes would even lie,
With full of wisdom, 
He said to me,
Can you feel the wind?
God is like the wind,
You cannot see Him, 
But you can feel Him.

In the old days, 
Once a month,
I would have my stomach cramp, 
Worried not,
As he would make me hot milk,
And massage my legs. 

In the old days, 
Whenever i shed my tears,
Never alone in fears, 
He would come and hug me,
Telling me stories. 

Now, 
The old days are memories,
They are now history, 
Texting him more just for money. 

—— 
i dont know why i cant continue writing this poem. I’m asking myself - is it because the reality stops there or because im lost of words to describe my feelings. I ❤ you, Abah!



*SETELAH AKU KENAL TUHAN*


Setelah aku kenal Engkau Tuhan, tidak ada lagi erti Syurga dan Neraka-Mu.
Kalau tidak ada Syurga dan Neraka pun aku tetap menyembah-Mu.
Menyembah dan mengingati-Mu itu adalah kebahagiaan.
Menyembah dan mengingati-Mu aku rasa patut buatku.
Makin aku kenal-Mu, fadhilat-fadhilat tidak ada erti padaku.
Aku rasa, beribadah kepada-Mu kerana fadhilat menghilangkan keikhlasanku padaMu. 
Aku merasa aku telah tercacat dengan-Mu.
Siapa yang mengenal-Mu, Engkau adalah sumber kebahagiaan.
Kalau begitu apalah ertinya Syurga dan Neraka-Mu 
Setelah aku mengenal-Mu keredhaan-Mulah yang aku cari.
Bahkan aku mengingini keredhaan-Mu.
Mendapat keredhaan-Mu, ertinya mendapat segala-galanya.
Mendapat keredhaan-Mu adalah mendapat ibu segala kebahagiaan.
Inginkan keredhaan-Mu di sinilah datangnya cinta dan takut.
Cinta kerana Engkau patut dicintai.
Takut kerana hamba perlu takut dengan Tuannya.
Takut adalah sifat hamba yang perlu dikekalkan 
Makin bertambah lagi aku mengenal-Mu.
Maka segala-galanya tidak ada ertinya lagi bagiku.
Kerana Engkau adalah segala-galanya.


*MENCINTAI TUHAN RAHSIA PERPADUAN*

Berjuang ertinya mengenalkan manusia, Allah adalah Tuhannya.
Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati.
Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya.
Supaya hidupnya, matinya, tidak lain melainkan untuk Tuhannya.
Untuk memuja dan membesarkan Tuhan, syariat adalah jalannya.
Apabila Tuhan menjadi idola.
Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan untuk keredhaan-Nya.
Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan, akan terjalin persaudaraan.
Makin ghairah manusia mencintai Tuhan, makin rapat manusia berkawan.
Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia sama-sama mencintai Tuhan.
Kalau begitu persaudaraan tidak perlu dikumandangkan.
Ukhwah tidak payah dislogankan.
Kasih sayang sesama manusia tidak perlu disibuk-sibukkan.
Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan.
Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan.
Automatik persaudaraan terjalin.
Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku sesama insan.
Itulah dia rahsia persaudaraan.
Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan.
Iaitu manusia sesama manusia menjadikan Tuhan idolanya.
Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya.
Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan.



*NIKMAT TUHAN 
DISALAHGUNAKAN*


Apa sudah jadi kepada manusia?!
Masing-masing menyalahgunakan nikmat Tuhan yang ada padanya.
Hingga mereka derhaka kepada Tuhannya.
Di samping merosakkan kehidupan manusia.
Ada yang muka cantik, terpesona dengan kecantikannya.
Dia pun menyalah guna kecantikannya.
Ramai manusia yang rosak imannya kerana kecantikannya.
Ada yang kaya sombong dengan kekayaannya. 
Dia pun berfoya-foya dengan kekayaannya itu.
Hanya senang untuk sendiri tidak pun menolong fakir miskin.
Ada yang pandai, kagum dengan kepandaiannya.
Menyalahgunakan pula dengan ilmunya.
Untuk nama dan kesenangan hidup semata-mata.
Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya.
Ada pula orang sedikit sahaja diberi kuasa oleh Tuhannya.
Menyalahgunakan kuasa yang ada padanya.
Dia menzalim dan menghukum manusia sesuka hatinya.
Ramai manusia yang teraniaya.
Di sini baru kita tahu ramai orang yang kufur dengan nikmat Tuhannya.
Yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan diri orang lain.
Hanya sedikit sahaja manusia yang bersyukur.
Iaitu orang yang takut dengan Tuhannya, dan mengambil berat kehidupan di Akhirat.



*TENANG DAN BAHAGIA PAYAH DIDAPAT*

Untuk mendapat kesenangan mudah.
Untuk mendapat ketenangan amat payah.
Mendapatkan harta atau kekayaan mudah sahaja.
Tapi untuk mendapatkan kebahagiaan sangat susah.
Untuk kemudahan hidup tidaklah terlalu payah.
Namun untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, jauh sekali apa yang diharapkan.
Kesenangan adalah perkara luaran, tidak mesti tenang.
Kemudahan hidup juga adalah perkara lahiriah, tidak mesti bahagia.
Tenang dan bahagia adalah perkara dalaman.
Tenang dan bahagia adalah sifat hati atau jiwa.
Tenang dan bahagia tidak mungkin dapat dari harta.
Atau didapati melalui pangkat, nama dan glamour.
Bahkan orang yang berharta, berpangkat, ada nama dan glamour selalu sahaja sakit jiwa.
Hidup gelisah, resah dan keluh-kesah, effectnya marah-marah.
Tenang dan bahagia itu adalah cintakan Zat yang Maha Agung.
Tuhan pencipta manusia, yang mempunyai segala-galanya.
Siapa yang dapat mencintai-Nya tidak ada kecewanya.
Mencintai-Nya tidak menjemukan.
Mencintai dunia dan nikmatnya sudah tidak ada ertinya.
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya.
Mendapatkan Tuhan ertinya mendapatkan segala-galanya.



*Iman Menentukan Kebaikan Seseorang*





Kalau engkau ditakdirkan miskin, sedangkan engkau beriman.
Sabarlah.. engkau sungguh beruntung.
Bergembiralah.. engkau sungguh bertuah.
Di antara kebaikan yang engkau dapat.
Di Akhirat nanti engkau kurang dihisab.
Menjadikan engkau cepat masuk Syurga.
Setiap yang engkau berhajat tidak dapat penghapusan dosa.
Setiap yang engkau hendak tidak diperolehi diberi pahala.
Di dunia engkau kurang tanggungjawab.
Tuhan kasih kepada engkau.
Di Akhirat kelak engkau masuk Syurga bersama Rasulullah.
Ibadah yang sedikit dipandang besar oleh Allah Taala.
Jika engkau ditakdirkan menjadi orang kaya.
Padahal engkau beriman.
Tanggungjawab engkau adalah besar kepada masyarakat.
Engkau juga beruntung.
Engkau boleh bersyukur kepada Allah Taala yang memberi nikmat kepada engkau.
Sedekah engkau banyak, banyak orang mendapat nikmat.
Engkau boleh membuat kemajuan kepada umat.
Maka Allah akan menambahkan lagi nikmat itu kepada engkau.
Menjadikan pahala engkau bertambah-tambah banyak.
Cuma di Akhirat kelak engkau banyak kena hisab.
Ke Syurga engkau akan lambat.
Tidak seperti orang miskin yang beriman.
Mereka lebih dahulu daripada si kaya yang beriman.
Walau bagaimanapun iman itulah yang menentukan kebaikan kedua-dua golongan itu.
Miskin ada kebaikannya, kaya juga ada kebaikannya.


*HAKIKAT DIRI*


Bagaimanapun besar kekuasaan engkau.
Namun tidak akan merubah hakikat diri engkau.
Diri engkau tidak akan jadi emas, intan atau berlian.
Mengapa daripada tawadhuk engkau bertukar sikap kepada angkuh dan sombong.
Walau bagaimana kaya sekalipun, biologi engkau tidak akan berubah.
Engkau tetap insan.
Perlu makan minum, ditimpa sakit, ditimpa bencana, buang air kecil dan buang air besar.
Mengapa pula engkau menukar maknawi dan rohani engkau.
Apa logiknya engkau menukar jiwa engkau kepada megah, sum’ah dan riyak.
Engkau adalah insan macam lain-lain insan juga.
Bila engkau pandai namun kejadian engkau sama sahaja seperti insan yang lain.
Kejadian engkau yang asal adalah tanah.
Kejadian engkau yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kepandaian engkau tidak mengubah biologi engkau.
Tapi mengapa engkau mengubah sikap engkau? 
Daripada kasih sayang dan mesra, menjadi manusia yang terasing daripada manusia.
Engkau merasakan tidak layak lagi bergaul dengan manusia biasa.
Mengapa engkau adakan gap di antara diri engkau dengan manusia?
Apabila engkau ada mempunyai kelebihan, apakah tidak perlu lagi kepada manusia?
Apakah engkau mampu tanpa orang lain boleh menyediakan keperluan-keperluan hidup engkau di dalam semua perkara..




*KALAU KITA SEORANG PENDIDIK*


Kalau kita sebagai pendidik, fikiran (akal) dan jiwa orang kenalah diambil kira.
Cara orang berfikir secara umum kenalah tahu. 
Psikologi orang atau perasaan orang kenalah boleh dibaca secara rambang setidak-tidaknya dan diambil kira.
Engkau mesti faham tentang nafsu dan tabiat nafsu.
Mendidik orang bererti membangunkan insaniahnya.
Mendidik orang fikirannya (akal), jiwa dan nafsunya adalah menjadi target.
Soal fizikal perkara gampang, bahkan sampingan sahaja.
Ketiga-tiga anggota manusia yang bersifat batiniah itu mendidiknya tidak sama.
Mendidik akal ada caranya, mendidik jiwa ada caranya dan mendidik nafsu ada caranya pula.
Mendidik akal memberi ilmu, maklumat dan pengalaman yang berguna dunia dan Akhiratnya.
Disuburkan dengan cara mengkaji, berfikir, membaca serta mengamalkannya.
Mendidik jiwa menanamkan keyakinan dengan Tuhan dan apa-apa sahaja yang diwajibkan percaya.
Suburkan rasa bertuhan supaya lahir sifat kehambaan kerana manusia itu hamba.
Setiap hamba mesti ada rasa bertuhan dan rasa kehambaan.
Mendidik nafsu pula tunjukkan cara bermujahadah.
Agar sifat-sifat mazmumah dibuang dan sifat-sifat mahmudah disuburkan.
Tanamkan rasa bertuhan sangat membantu membuang mazmumah dan lahirnya sifat mahmudah.
Adakah zaman sekarang ini pendidik-pendidik yang faham mendidik akal, jiwa dan nafsu insan?
Itulah yang menjadi tanda tanya kita.
Kalau kita kata tidak ada, ramai cerdik pandai yang sensitif.
Yang berkecil hati dan tidak boleh menerimanya.
Yang sebenarnya pemberi ilmu ramai, pendidik tidak ramai.
Kerana itulah manusia sudah ramai yang rosak dan punah-ranah insaniahnya.
Yang sangat menonjol yang dapat dilihat ialah kasih sayang sudah hilang.
Maka seluruh manusia di dunia telah menderita dan kecewa..



@@@@@@@@@@@@

*DidikanMu Tuhan*


@@@@@@@@@@@@


Terima kasih Tuhan sekali-sekala aku sihat, senang, membolehkan aku bersyukur.

Aku bersyukur kepada-Mu sekali-sekala aku sakit atau susah.
Menyedarkanku bahawa aku adalah hamba tidak ada kuasa.

Aku lemah, tidak ada daya, tidak boleh menolak apa yang aku tidak suka.

Dengan sakit dan susah itu, aku dapat mengekalkan rasa kehambaan.
Semakin dalam pula aku rasa bertuhan.

Terasa olehku bahawa qudrat dan iradah-Mu tidak boleh aku sangkal.

Sungguh Engkau Maha Berkuasa, tidak ada sebarang kuasa yang boleh menolaknya.

Sekali-sekala aku dihina orang.

Rupanya kehinaanku itu menyelamatkan aku daripada sombong.

Terima kasih Tuhan, Engkau mahu mengekalkan aku rasa kehambaan.

Rupanya didikan Engkau Tuhan adakalanya nampaknya negatif, tapi sebenarnya positif.

Adakalanya nampaknya menyusahkan rupanya tersirat di dalamnya ada kebaikan.

Adakalanya nampaknya baik rupanya yang tersirat adalah kejahatan.
Di sinilah aku perlu faham peranan-Mu Tuhan.

Agar aku pandai menerimanya utk keselamatan atau kebaikan.

Terima kasih Tuhan sekarang aku sudah pandai menerima daripada Engkau punya perbuatan.
Baik dan buruk jika pandai 

menerimanya semuanya kebaikan.

Kecuali kekufuran tidak ada kebaikan melainkan kejahatan.
Jauhkanlah aku daripada kekufuran.

Kerana ia adalah membawa kecelakaan.


*CARI DI MANA HAK ENGKAU*


Engkau mencari ilmu dengan akal yang Tuhan berikan.

Engkau melihat dengan mata anugerah Tuhan untuk mencari pengalaman.
Engkau guna telinga yang Tuhan cipta untuk mendengar maklumat-maklumat sebagai pengetahuan.
Kaki yang engkau gunakan, kaki pemberian Tuhan.
Lidah yang engkau gunakan menterjemah perasaan, kemahuan, serta ilmu adalah hak Tuhan.
Bumi yang engkau pijak juga kepunyaan Tuhan.
Kekayaan yang engkau cari milik Tuhan.
Makan minum yang engkau perolehi rezeki dari Tuhan.
Bahan-bahan yang engkau jadikan kajian adalah kepunyaan Tuhan.
Macam-macam ilmu dan rahsia engkau dapat hasil dari kajian.
Engkau dapat isteri/suami teman hidup tempat hiburan adalah makhluk ciptaan Tuhan.
Engkau gunakan seluruh anggota untuk mencari kekayaan.
Seluruh anggota ciptaan Tuhan.
Cari di mana hak engkau? 
Di mana kepunyaan engkau? 
Mana milik engkau? 
Tidak ada milik engkau! 
Tidak ada kepunyaan engkau! 
Sepatutnya engkau malu dengan Tuhan! 
Patut engkau jatuh hati dengan Tuhan!
Bahkan engkau cintai, takuti, puja dan besarkan.
Tapi tidak, engkau lupakan Tuhan.
Engkau rasa kepunyaan engkau semuanya.
Kerana itu engkau angkuh dan sombong.

Bahkan engkau derhaka kepada Tuhan.


     *HIKMAH BASMALAH*

Nama-nama Tuhan yang utama ada 99 banyaknya.
Tapi Allah memerintahkan setiap perbuatan yang baik atau mulia yang hendak dibuat, hendaklah menyebut namanya.

Iaitu dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ini memberi erti,
Tuhan hendak memberi tahu hamba-hamba-Nya bahawa pengasih dan penyayang Tuhan mengatasi Jabbar, Qahhar, Ghodob dan lain-lain.

Ia memberitahu bahawa kalau kita meneliti kehidupan kita banyak berhubung kait dengan kasih sayang-Nya.

Ia Tuhan mengajar kita agar kita cinta kepada-Nya.
Supaya kita bermesra dengan-Nya.
Kita senang dengan-Nya, bahagia bersama-Nya.

Kita jadikan dia kawan yang Maha Tinggi lagi simpati.

Kawan yang setia, Pengasih,
menjaga dan mengawal keselamatan kita.
Kita bawa Dia ke mana-mana di dalam kehidupan kita.
Apabila perasaan itu sebati di dalam jiwa kita.

Maka terhubung pula kasih sayang kita sesama makhluk-Nya.

Kalau Tuhan mencintai kita, kita kenalah mencintai hamba-hamba-Nya pula.
Jika kita dicintai kenalah kita mencintai.

Cinta kita kepada Tuhan itu boleh mendorong kita mencintai makhluk-Nya.

Itulah rahsianya mengapa Tuhan menyuruh kita menyebut nama-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tapi kita menyebutnya tidak dari perasaan.

Hanya kita menyebut dengan lidah sahaja.
Kita menyebut tidak dari hati dan jiwa.

Kerana itulah kita dengan Tuhan tidak cinta

sesama makhluk pun kita tidak cinta.
Kalau dengan Tuhan tidak cinta dengan makhluk Tuhan tidak cinta.

Mana hendak terjalin perpaduan.

Kerana perpaduan itu adalah ikatan jiwa
berpunca dari kasih sayang.
Ia bukan ikatan fizikal atau jasad lahir.

Di sinilah salahnya pemimpin-pemimpin kita.

Mengajak orang bersatu tapi tidak mengikat jiwanya.

Ajak orang bersatu, dengan Tuhan tidak cinta

dengan makhluk Tuhan pun tidak cinta.
Saranan itu hanya sia-sia sahaja..




Assalamualaikum..WBT.




            Nota Hati


_Usia kita seumpama ais.._
_Diguna atau tidak, akan tetap mencair.._

_Begitu juga dengan umur kita.._

_dimanafaatkan atau tidak.._ 
_umur kita akan tetap bertambah.._
_kesihatan kita akan tetap semakin melemah.._

_Apa yang harus selalu dilakukan adalah tersenyum dan berfikir positif.._


_Air yang mengalir tidak dapat menentang arus.._ *_begitu juga dengan hidup kita.._*


_Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi.._

_kita akan menjadi tua sakit dan mati.._

_Jalanilah hidup ini dgn sabar dan santai.._


_Jangan suka mahu menang sendiri.._


_Jangan suka menyakiti sesama kita.._


_Jangan suka mengeluh.._


_Jangan suka mencela.._


_Jangan suka berdusta.._


_Jangan suka khianat.._


_Jangan suka memfitnah.._


_Jangan suka mencuri atau mengambil hak orang lain.._


*_Hiduplah dengan ceria.._*

_Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan sahabat, teman dan saudara saudara kita dengan damai.._

_Buang jauh jauh sifat ego kita.._

_bersahabatlah dengan apa adanya.._ 
_bukan kerana ada apanya.._

_Nikmati semua gurau tawa.._


_Hargai semua perbezaan.._


_Mempercayai kualiti sahabat sahabat dan saudara kita.._


_Jaga perasaan masing masing.._

_tutupi aib mereka dan jangan sekali kali berburuk sangka dalam fikiran kita terhadap mereka.._ 

_Bantu ketika mereka terpesong.._


_Sediakan bahu ketika dia menangis.._


_Tepuk tangan ketika dia berjaya.._


_Sebut namanya dalam doa kita.._


_Bukan iri dengki ketika mereka dipuji orang.._


_Bukan mencemoh saat tahu dia bersedih.._


_Bukan memfitnah ketika dia lebih maju.._


_Bukan tertawa saat dia menderita.._


_Bersahabatlah dengan hati yang baik dan tulus.._


_Ketika hati kita baik dan tulus, percayalah.._

_Allah juga akan selalu bersama kita.._

*_Ayuh.._*


*_terus dan kekalkan ukhwah sehingga Allah memanggil kita pulang kehadratNya.._*



*APABILA MEMPERTAJAMKAN HATI*





Apabila seorang mukmin itu mempertajam hati atau jiwanya.
Ditajamkan dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan.

Kemudian dibawa berfikir dan berfikir.
Dia akan jadi orang yang cepat cerdik dan pandai.
Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Bangsa Arab yang tidak tahu menulis
dan membaca dididik olehnya.
Berhadapan dengan bangsa Rom dan Parsi
yang bertamadun, yang menguasai dunia di waktu itu.

Sedangkan bangsa Rom dan Parsi..
Hanya mengasah akalnya semata-mata.
Maka menjadilah mereka orang yang pandai.
Tapi Rasulullah mengasah akal dan jiwa bangsa Arab
Dan bangsa-bangsa yang mengikutnya.

Maka dengan masa yang singkat sahaja,
iaitu selama 23 tahun.
Umat Islam menjadi umat yang cepat pandai dan cerdik.

Akhirnya di dalam masa 30 tahun
Umat Islam menguasai 3/4 dunia.
Fakta sejarah ini patut orang Islam mengetahui..
Dan mengambil pengajaran daripadanya.

Untuk mengejar tamadun Barat dan Timur iaitu komunis.
Tajamkan jiwanya dan akalnya serentak.

Umat Islam akan cepat menjadi cerdik dan pandai.
Mengatasi Timur dan Barat
Yang hanya semata-mata mempertajam akalnya.
Tapi malang umat Islam jiwanya sudah buta.

Akalnya pula tidak digunakan,
Seperti apa yang digunakan oleh orang Barat dan Timur.
Sedangkan mereka di waktu itu..
Sudah lebih maju dan bertamadun dari umat Islam.

Bagaimanakah umat Islam hendak mengalahkan mereka.
Maka oleh itu umat Islam kenalah ubah sikapnya.
Jangan hanya mempertajamkan akal
seperti yang sedang hendak dilakukan sekarang.

Tapi yang lebih utama jadikan tapaknya itu
Mempertajamkan jiwa lebih dahulu.
Di atas ketajaman jiwa itulah
Bawalah berfikir dan terus berfikir.

Natijahnya nanti sangat luar biasa.
Iaitu akan melahirkan ilmu-ilmu
Yang dalam dan seni yang menakjubkan dunia.


*BETULKAN AQIDAH UMAT*





Aqidah umat sudah terlalu rosaknya.
Setiap kejadian tidak dikaitkan lagi dengan Tuhan.
Kerana atau sebablah yang merosakkan.

Bukan kehendak dan kuasa Tuhanlah yang melakukan.
Banjir berlaku, hujan layinalah yang menjadikan.
Bukan Tuhan lakukan untuk peringatan.

Gunung berapi meletup memusnahkan nyawa dan harta.
Belerang yang terlalu panas
Di dalamnya yang meledakkan.
Bumi bergoncang gempa bumi namanya.

Meruntuhkan apa sahaja.
Ada sebab-sebab tertentu yang menggoncang.
Padahal itu adalah amaran Tuhan..
Kepada mereka yang membuat mungkar.

Hukuman yang dilakukan di dunia lagi,
Agar manusia sedar.
Memanglah Tuhan telah membuat ketentuan.

Apa sahaja kejadian baik dan buruk..
Tuhan jadikan sebabnya dahulu.
Sebab kan Tuhan....
Yang menjadikan untuk berlaku sesuatu.
Ertinya bukan sebab yang melakukan.
Tapi Tuhan yang menjadikan sebab, akan melakukan.

Begitulah rosaknya aqidah umat termasuk yang Islam.
Mereka telah syirik dengan Tuhan, kerana keyakinan.
Segala-galanya tidak akan terjadi...
Kalau bukan kehendak Tuhan.

Bukan sebab-sebab yang dijadikan yang melakukan.
Betulkan aqidah.
Takutlah Tuhan yang menjadikan apa sahaja.


*KENAL DIRI MAKA KENAL TUHAN*





Selalulah periksa hati atau jiwa.
Gerakannya halus, perjalanannya seni, kesannya besar.
Sungguh susah dan sulit sekali mengesan perjalanannya.
Kerana gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata.

Bahkan akal fikiran pun tidak mampu mengesannya.
Hanya dapat dikesan dengan mata hati itu juga.
Serta disuluh oleh ilmu mengenai hati atau jiwa.

Siapa mengenal dan dapat mengesan..
Perjalanan hati atau jiwanya.
Dia telah mengenal dirinya sendiri.
Orang yang mengenal diri, dia akan mengenal Tuhannya.
Barangsiapa tidak mengenal diri sendiri.

Sudah pasti dia tidak kenal Tuhan yang menjadikannya.
Orang yang tidak kenal Tuhan...
Adalah menjadi bencana kepada dunia.
Makin pandai, jika tidak kenal Tuhan,
Makin menjadi perosak kepada dunia dan manusia.

Semakin kaya, kalau tidak kenal Tuhan,
semakin merbahaya kepada manusia dan kehidupan.
Lebih-lebih lagi orang yang berkuasa tidak kenal Tuhan.
Berlakulah penzaliman, penganiayaan dan penindasan.

Aduh! Awasilah manusia yang derita dan terseksa.
Malang kepada manusia.
Berbagai-bagai perkara yang besar dan sulit..
Mnusia telah mengesan dan mengenalnya.

Bermacam-macam ilmu
Yang telah dapat diteroka.
Tapi malang sekali,
Sedikit sekali manusia yang mengenal diri.


*Sembahyang Tidak Mengubah Perangai*



Ketika engkau bersembahyang atau menyembah Allah.
Fizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apa.
Anggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apa.

Juga anggota lahir engkau sujud,
Perlu diingat ia tidak mengerti apa-apa.
Bahkan walaupun lidah engkau membaca
tapi dia tidak faham apa-apa.
Oleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-sama.
Engkau belum bercakap apa-apa dengan Tuhan.

Jika jiwa engkau tidak rukuk sama.
Engkau belum rasa bertuhan.
Bila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud sama.
Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?
Kalau engkau tidak bercakap apa-apa di dalam menyembah Allah.

Jika engkau tidak rasa bertuhan,
Kerana hati dan jiwa engkau
Tidak ikut berdiri rukuk dan sujud.
Engkau di waktu itu tidak merasa kehambaan.

Jadi kalau ketika menyembah Allah.
Berbisik-bisik dan bercakap-cakap dengan Tuhan pun tidak.
Rasa bertuhan pun tidak ada di waktu itu.
Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyang.

Tidak rasa memohon dan meminta.
Tidak terasa merendah diri dan menghina diri di hadapan Tuhan.
Engkau belum bersembahyang.
Engkau tidak bersembahyang di waktu itu.

Engkau hanya bersenam dan beriadhah untuk Allah.
Patutlah perangai engkau tidak berubah.
Engkau bukan menyembah Allah.
Tapi riadhah.


*SARANAN HENDAKLAH TAKUT KEPADA TUHAN*





Saranan hendaklah takut kepada Tuhan.
Selalu sahaja di dalam ceramah-ceramah.
Di atas mimbar hari Jumaat ketika khutbah.
Hati tidak juga terasa, biasa aja.
Ketika Allah disebut hati tidak terasa apa-apa.

Takut tidak juga membara.
Tapi apabila teringat sahaja peperiksaan akan tiba,
Bimbang menerpa.
Selepas periksa bimbang lagi,
Takut keputusan tiada berjaya.
Bila hendak bertemu bos hati gementar.

Bila bertemu lebih-lebih lagi gementar.
Bila ditanya oleh bos gugup-gugup sahaja.
Dengan bini yang cerewet dan membebel
tidak jemu-jemunya.
Si suami bila balik jantung berdenyut,
Hati bergelombang.

Takut ditanya silap-silap jawab..
Tengking herdik yang diterima.
Sumpah serapah mesti kena.
Apatah lagi ketua negara.
Bila berada dengan orang-orang pentingnya.

Tidak ada yang sanggup berkata.
Kalaupun berkata gugup sahaja.
Bos mereka bila berkata.
Semua mereka angguk-angguk setuju sahaja.

Walaupun hati belum tahu.
Walaupun ada yang tidak setuju.
Semuanya membisu.
Kalau diberi pandangan sebaliknya.
Takut jawatan yang ada terancam.
Tumpah pula periuk nasi.
Padahal Allah selalu mengancam dan mengugut.

Memberi amaran dan ingatan.
Dengan azab yang dahsyat.
Dengar, macam tidak dengar.
Tahu, macam tak tahu.

Percaya, macam tidak percaya.
Justeru tidak terasa apa-apa.
Tidak tergugat pun jiwa.
Tidak gerun, tidak gentar.

Perasaan hati biasa sahaja.
Begitulah manusia banyak sangat yang ditakutinya.
Namun begitu takutkan Allah tidak juga terasa.



KUBU TENTERA ISRAEL DI PADANG PASIR SINAI MESIR.



*BEZA KENAL TUHAN DENGAN KENAL SYARIAT-NYA*


Tidak sama Islamnya seseorang ....
Yang dimulai dengan mengenal Tuhan 
Dengan yang dimulai mengenal syariat-Nya.
Golongan yang pertama kalau bersyariat sangat dihayatinya 
Hingga rasa bertuhan sangat menunjangi jiwanya.

Hasil bersyariat lahirlah sifat-sifat kehambaan
Yang begitu ketara.
Seperti kasih sayang, tawadhuk, pemalu, sabar, pemurah, 
mengutamakan orang lain dan maaf bermaafan.

Puak kedua mungkin ibadahnya baik
Tapi penghayatannya tidak ada.
Mereka bersyariat, rasa bertuhan tidak ada.
Natijah daripada ibadahnya tidak lahir rasa kehambaan.

Bahkan dari ibadahnya subur sifat-sifat mazmumah.
Seperti pemarah, bakhil, keras hati, mementingkan diri,
sombong dan riyak.
Seolah-olah mereka beribadah atau bersyariat terputus 
hubungannya dengan Allah.

Mereka bersyariat sudah sama tarafnya 
dengan ajaran ideologi.
Ajaran ideologi mana ada bertunjangkan iman 
atau terhubung dengan Allah.

Begitulah orang mengamalkan Islam 
yang dimulai mengenal syariat.
Sedangkan Tuhan tidak diperkenalkan 
dengan mendalam kepadanya.

Akibatnya orang yang bersyariat
tidak cinta dan takut dengan Tuhan.
Di dalam mereka bersyariat pada masa yang sama 
kemungkaran dibuatnya.

Syariat yang diamal...
Tidak membuahkan akhlak yang mulia.
Hingga Islam yang diamalkan
Tidak kelihatan indah dan cantik di dalam kehidupan.

Kerana itulah orang lain tidak minat kepada Islam.
Apatah lagi yang bukan Islam 
Ingin masuk Islam jauh sekali.

Kerana pengamal-pengamal dan pejuang-pejuang Islam
sangat menakutkan mereka.
Keindahan Islam
Tidak dapat dilihat di dalam kehidupan mereka.



'UYUN  MUSA - PERIGI NABI MUSA


*ISLAM DI MULUT TIDAK DI HATI*


Tuhan memberitahu...
Kita pun tahu tapi macam tak tahu.
Tuhan memberitahu tapi tak mahu tahu.
Tuhan membawa berita kita percaya.
Tapi mendengar acuh tak acuh aja.

Tuhan membawa perintah larangan dan tegah,
Endah tak endah sahaja.
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga, 
Tidak pun rasa gembira.

Tuhan membawa berita ancaman dengan Neraka.
Dengar juga.....
Tapi tidak pun terasa gerun dengan berita...
Tuhan membawa syariat, peraturan di semua aspek kehidupan.
Hati merasa tidak senang sahaja..
Dan membuat-buat tidak dengar.

Walaupun telah diperdengar.
Peraturan dibaca, bahkan digalakkan.
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula. 
Namun diamalkan tidak juga.
Bahkan dianggap pengacau negara.

Begitulah Islam di mulut tidak di hati.
Tuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hati.
Barulah kita tahu setelah pengalaman diberi.
Menjadi orang Islam mudah.
Menjadi mukmin amat sulit sekali..



'UYUN MUSA

*KENANGLAH DOSA YANG LALU*

Kenangkanlah dosa-dosa yang lalu dan mohon ampun kepada Tuhan.
Kerana Tuhan tidak melupakannya.
Awas, janganlah membuat dosa di masa depan.

Kerana di waktu ini kita mungkin hampir kepada Tuhan.
Sepatutnya makin hampir kepada Tuhan,
makin bersih daripada dosa.
Jagalah masa yang sudah tinggal sedikit.

Isilah dengan perkara-perkara yang memberi faedah.
Tanda kita menyesal dengan masa yang sudah.
Ingatlah Tuhan setiap waktu.
Kerana kematian kita tidak tahu.
Jika tiba kematian, kita tidak lupa dengan Tuhan.

Janganlah menzalimi manusia kerana penzaliman di dunia lagi dibalas oleh Tuhan.
Apatah lagi di Akhirat, memang tidak lepasd aripada hukuman.
Buatlah berbagai-bagai bentuk kebaikan
sekalipun kecil kerana ia lebih ikhlas.
Selalunya kita lupakan.
Kerana amal kebaikan disuruh lupakan.

Tapi amal kejahatan kenalah kita ingatkan.
Agar kita menyesal dan bertaubat.
Siap-siagalah selalu berhadapan dengan kematian.
Kerana kematian itu bila-bila masa boleh berlaku.

Dan kedatangan mati tidak pilih umur.
Dan janganlah kita berangan-angan untuk panjang umur.


BERHAMPIRAN LAUT MERAH DIMANA TENTERA NABI MUSA AS. DIKEJAR OLEH TENTERA FIRAUN



*Mukmin Bertaqwa Sensitif Dengan Tuhan*


Rahmat Allah akan turun kepada mukmin yang bertaqwa.
Yang hatinya sensitif dengan Tuhannya.

Apabila diberi amaran kecut hatinya.
Apabila ada berita gembira dari Tuhan lembut hatinya.
Kasih sayang Tuhan akan dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya yang insaf.

Bila berdosa derita jiwanya, mengalir air matanya.
Kesalnya tidak berkesudahan, kenangannya sepanjang masa.
Dia selalu bertaubat, dia tebus dengan kebaikan.
Allah Taala akan redha dengan orang yang redha 
dengan ketentuan-Nya.

Yang sentiasa sabar dengan ujian yang ditimpa kepadanya.
Setiap kali ujian yang datang dia teringat dosa-dosanya.
Setiap nikmat yang diberi syukurnya tidak terhingga.

Tuhan amat suka orang yang berdosa bertaubat dengan dosanya.
Bahkan orang mukmin sentiasa sahaja rasa berdosa.
Rasa bersalah, rasa cuai menghantui fikirannya.

Dunia yang mempesona tidak dapat menipunya.
Tuhan merindui orang yang merindui-Nya.
Tuhan membenci orang yang melupakan-Nya.

Cintailah Tuhan yang memberi kita segala-galanya.
Kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan yang menjaga kita.



KEDAI MAKAN DI KAKI JABAL MUSA


PATUNG LEMBU MUSA ASSAMIRI DI JABAL MUSA


MAKAM NABI HAROUN AS.





No comments:

Post a Comment

KONVO KPTI KE-17

I JUN 2025 - UPSI Pelajar Terbaik Keseluruhan 2025 Pengurus2 Cawangan KPTI  Pelajar, Pengurus Terbaik 2025 DEWAN TUANKU CANSELOR  Bersama ke...